Yang Ikut

Monday, 9 November 2009

Aku pun stres juga!

Reactions: 
Bila ada orang tanya aku macam mana nak kawal perasaan kalau eksperimen tak jadi, atau jurnal kena tolak, rasa seperti aku tidak stres. Tidak, aku pun stres seperti orang lain juga. Mau lebih teruk ada kot!

Sekarang ini aku stres dengan data collection di Malaysia. Masih tak dapat target lagi. Baru dapat 300 orang lebih. Itu pun berkat pertolongan banyak orang. Kecuali beberapa orang, banyak yang tidak aku kenal. Yang aku kenal cuma N seorang. Kalau ada sesiapa yang nak buat survey di Malaysia, boleh upah N. Dia bagus. Dia ada banyak kroni dalam hal data collection.

Aku mungkin stres sedikit mencari wang upah mereka. Tetapi sebenarnya ia lebih untung berbanding kalau aku sendiri yang buat. Jadi aku boleh siapkan dua kerja pada satu masa. Aku boleh menulis paper di sini, dan di Malaysia ada orang sedang collect data. Ini bezanya orang sains sosial dengan orang sains. Orang sains tidak boleh upah orang lain tidur di makmal.

Jadi - aku sudah pindahkan stres data collection kepada orang lain. Aku pula cuma stres duduk dalam rumah yang cuacanya seperti duduk dalam ban tembakau.

5 comments:

ihsan_huhu said...

ban.. lame xjumpe perkataan nih.

oryza sativa said...

ooo... bestla boleh suruh org carikan data utk research. awk abg buat research tajuk ape?

FakirFikir said...

tajuk stres

ziarah76 said...

ooo... stres jugak ye kalau camtu. sabaq, sabaq..

isuzu_aizu said...

ehe. bagus N. pakar :D pengalaman buat survey mmg menyeronokkan dan tak dapat dilupakan, tp nak mencari masa terluang tu susah sikit la sekarang. hihi. weekend dipenuhi dgn aktiviti2 sosial bersama keluarga dan teman :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails