Yang Ikut

Thursday, 5 November 2009

Membuka soalan

Reactions: 
Memandangkan tidak ada perkara lagi untuk ditulis, kali ini aku buka peluang untuk para pembaca bertanyakan soalan. Jadi aku akan cuba menulis berdasarkan soalan yang dikemukakan. Bagaimana pun, sekiranya ada soalan-soalan yang tidak boleh aku jawab, maka akan aku jawab - tidak tahu, atau tidak relevan. Ia mudah, tidak menyebabkan ada sesiapa menunggu jawapan.

Soalan boleh berkisar dengan isu psikologi sahaja. Bagaimana pun, aku akan memberikan jawapan umum sahaja - sekadar pandangan aku. Mungkin tidak sesuai diterapkan untuk semua manusia.

Bidang pengajian aku sekarang banyak berkisar dengan psikologi pekerjaan. Aku juga mungkin boleh memberikan pandangan berdasarkan pengalaman aku selama 12 tahun dalam dunia pekerjaan di beberapa tempat.

Aku juga mungkin boleh membantu dalam bidang psikologi sosial yang merupakan minat utama aku sebenarnya. Hal-hal yang berkaitan dengan psikologi sosial seperti kelompok, kepemimpinan, hubungan manusia, persahabatan - dan apa sahaja yang anda rasa sesuai dengan istilah manusia sebagai makhluk sosial.

Para pelajar mungkin boleh mengajukan soalan berkaitan metodologi penyelidikan, penyediaan proposal atau yang berkaitan dengan hal ehwal belajar.

Soalan yang berkisar dengan psikologi umum juga boleh diajukan.

Peluang bertanya soalan hanya dibuka selama 5 hari (5-10 September) sahaja. Sekiranya soalan berbentuk dengan hal yang sangat pribadi, ada baiknya anda menggunakan anynomous, dan bukannya nama blog anda.

Harap maklum dan selamat bertanya soalan.

6 comments:

ihsan_huhu said...

haa.. soklan aku. xdek soklan sebnanye tp buat tanye je r

apsal la pompuan nih biasenye lambat gle pikap esp bile kite buat lawak ke perli2 ke.

walaupon diorg nih berfikiran puitis tahap tinggi n suka sajak2?

adakah lelaki lebih hebat dlm bab2 puitis2 nih tp xsuke express?

jawab abg awang yg hebat jawab.

FakirFikir said...

Ehsan --> nanti aku ulas dalam bab masculine & feminisme.

Inah said...

saya ade 3 soalan :

1. I tend to compare myself dengan student lain yang dah siap tulis chapter tesis and slalu rasa diri ketinggalan..how to cope with that? and i have a problem too when I always tend to compete with myself :|

2. How to handle stress bila eksperimen tak jadi atau paper rejected??

3. Soalan dah hilang..tadi dalam bas dah ade soalan..haih..kalo ingat aku komen lagi

FakirFikir said...

Inah - nanti aku jawab.

Anonymous said...

nk tya, sy nk tahu ttg bidang psikologi klinikal,adakah peluangnye luas bla hendak memasuki alam pekerjaan nnti?adakah ade peluang utk brtugas di hospital?adakah dgn degree sudah layak brtugas sbg doktor psikologi di hospital amnya?

Nor Zafira Binti Abu Staff said...

Assalam..soalan saya, bagaimana genetik mempengaruhi perkembangan manusia..heheh..tengah buat asgnmnt..harpa bantu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails