Yang Ikut

Wednesday, 4 November 2009

Nasihat untuk seorang kawan

Reactions: 
**Untuk seorang sahabat, yang hanya dia yang tahu. Sahabat ini, yang aku pun tak tahu siapa dia**


Dalam hidup - kita selalu berangan-angan untuk mendapatkan apa yang tidak kita miliki. Kita selalu membandingkan diri kita dengan orang lain. Kita selalu melihat sisi baik teman-teman lain. Ini menjadikan kita merasa sangat tertekan. Kita berasa kerdil kerana kita tidak menikmati kehidupan yang indah seperti mereka. Kita berasa putus asa. Berasa sepi dan sesekali begitu hampa.

Hakikatnya, kita hanya melihat sisi indah orang lain. Kita tidak tahu sisi buruk mereka. Kita tidak tahu keperitan yang dialami orang lain. Kerana, orang jarang bercerita hal yang buruk. Menceritakan hal buruk akan memadamkan reputasi mereka. Jadi mereka terus bercerita sisi indah sahaja.

Kita juga jarang melihat kelebihan diri kita, dibandingkan orang lain. Tatkala orang lain mungkin hanya lulus PMR, kita pula sedang berada pada tahap paling tinggi dunia akademik. Tatkala orang lain sedang berhempas pulas mendapatkan pekerjaan, kita sudah mempunyai kerjaya yang baik. Kita juga mempunyai ramai teman-teman yang baik, yang sanggup berkongsi cerita kita. Orang lain mungkin hanya mempunyai teman-teman yang sedang cuba memanipulasi diri mereka.

Kita juga mungkin tidak pernah berfikir pun, yang ada juga orang lain yang sedang memerhatikan kita. Mereka menjadikan kita idola. Mereka melihat kehidupan orang seperti kita sebagai sangat mengagumkan. Belajar di luar negara, setiap hari berbincang tentang hal keilmuan, menjadikan mereka merasakan kita sebagai manusia yang patut dicontohi. Orang yang sedang memerhatikan kita ini merasakan mereka tidak akan menikmati pengalaman seindah kita, bahkan mungkin hingga ke akhir usianya.

Sebab itu - apabila kita pulang ke kampung, ada orang yang sanggup mendengar cerita kita berjam-jam lamanya. Bagi mereka hidup di luar negara satu keajaiban, sedangkan mereka tidak pernah menaiki pesawat pun, apatah memijak bumi asing. Semua ini adalah kelebihan diri kita yang tidak semua manusia mampu mencapainya.

Mendengar cerita teman aku itu - yang merasa begitu gelisah, kerana kononnya masih hidup membujang, sebenarnya tidaklah merupakan satu petaka pun. Yang dia tidak tahu, dalam dunia ini, jutaan orang sebenarnya sedang mengharapkan agar sesekali mereka akan kembali menikmati zaman bujang. Mereka berasa gembira kalau ada pasangan yang balik kampung, kerana inilah antara waktunya mereka cuba menghirup kembali usia bujang untuk beberapa detik. Melupakan resah dan gusar rumahtangga yang banyak ceritanya.

Itulah hakikat hidup. Ketika bujang, kita merasa sangat derita tanpa pasangan. Ketika berkahwin, kita merasa sangat bahagia menjadi orang bujang. Kerana hidup ini - makna kebahagiaan - itu hanyalah penafsiran minda kita semata-mata.

Seperti mana ketika anak-anak kita mengimpikan alam dewasa, bila dewasa kita berasa alangkah baiknya untuk kembali ke alam kita bermain layang-layang.

Realitnya, bila sampai waktunya, bila sampai saatnya - sama ada kita mengimpikan atau tidak - waktu itu akan datang juga. Hidup ini bukan hanya sekadar usaha manusia. Hidup ini hakikatnya adalah pekerjaan Tuhan. Dia yang tahu proses kehidupan sejak sebelum kita hadir ke dunia ini lagi.

Jadi untuk sahabat aku - lupakanlah keresahan itu. Sampai waktunya, mimpi itu akan datang jua. Ia adalah proses cerita manusia. Cepat atau lambat, bukanlah pekerjaan kita. Cepat atau lambat, tentu ada rahmat di sebaliknya. Ia adalah rahsia Tuhan yang tidak ada siapa pun mampu menekanya.

Usah dibimbangkan pertanyaan orang. Ia tidak akan ada akhirnya. Ketika bujang, mereka akan bertanya bila akan berumahtangga. Bila berumahtangga, mereka akan bertanya bila akan mempunyai anak. Setelah anak kita dewasa, mereka bertanya bila akan mendapat cucu. Kemudian soalan yang sama akan ditanya lagi kepada anak-anak kita. Soalan yang sama, puluhan tahun kemudiannya akan ditanya pula kepada cucu kita.

Ini - adalah kitar hidup manusia. Manusia akan terus bertanya. Mereka terus bertanya dengan soalan yang kita tidak mampu menjawabnya.

Untuk dia - teruskanlah dengan apa yang ditakdirkan. Teruskanlah meneroka dunia akademiknya. Lupakanlah kegelisahan yang tidak sewajarnya itu. Bukan pekerjaan kita untuk merancang ketentuan Tuhan. Kita hanya perlu berdoa. Itu sahaja.

Kalaulah kita boleh menentukan takdir hidup, semua orang pastinya akan memilih untuk menjadi putera raja!

8 comments:

Inah said...

heh..org tua kata..sape makan cili dia terasa..apepun nice entry..mekasih bg semangat pepagi ni ;)

oh yaa..jom lunch kat sb satu hari nanti ;P

Chah said...

So aku tanya kat hang, bila nak dapat cucu? :P

isuzu_aizu said...

tapi putera raja tak boleh shopping kat mydin kot. atau makan kedai mamak tepi jalan. huhuhu

FakirFikir said...

Inah --> itu kerja blogger psikologi!. Terima kasih kerana menjemput, tapi maaf kerana tak boleh. Sebahagian daripada benda yang tak boleh buat setelah berkahwin ialah makan dengan org pompuan lain.

Chah -->Patutnya aku yang tanya hang.

Isuzu--> kalau semua orang dah jadi anak raja, tentu semua orang boleh ke Maidin dan makan di warung. Sebab jadi raja waktu tu bukan istimewa lagi.

ihsan_huhu said...

byk bende yg kite xleh nk buat kl dok sibuk psl ape yg org lain pk

dulik pe aku

cucu Hipnie said...

salam wbt.

terkesan dgn entri ini.
sebelum ni, kalo balik kmpung sy jarang bcerita tntg pngalaman sy, kalo org tnya sy salu kata dok oversea ni biasa jek. sebabnya, sy xnak ada yg terkilan o frust sebab x berezki ntuk p oversea (esp kawan2 yg xpat fly)..

insyaAllah, skrg ni sy akan gunakan pluang ni ntuk motivate budak2 supaya dorang makin semangat nk blaja & sambung kat oversea..

terima kaseyh..

laki cikgu kimia said...

dah lama aku tahan diri nak komen sini.

entri ang memang 'juicy' n 'meaty'. teruskan berkongsi.

FakirFikir said...

ihsan -->betui tu.

cucu hipnie -->jangan cerita semua. nanti tak berani datang pula budak2 tu!

laki cikgu kimia --> you r welcome

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails