Yang Ikut

Monday, 2 November 2009

Ada jin di Handorf?

Reactions: 
Kalau Abang Ben berjalan ke Thorndon Park, aku, isteri dan anak juga berjalan-jalan luar sedikit dari bandar Adelaide. Cuaca sehari dua ini panas sedikit. Jadi, tengah hari semalam aku ke bandar Handorf. Bukan sekali, tetapi dua kali. Begitulah hebatnya bandar kecil itu.

Bandar Handorf merupakan peninggalan pendatang Jerman dahulu kala. Ia bandar yang cantik. Ada ladang, berbukit-bukit dan kebanyakan orang singgah di bandar itu ialah pelancong. Aku tidak tahulah sama ada pelancong dari Australia atau dari negara luar, sebab aku nampak kulit orang putih ini sama sahaja. Banyak juga motel di situ. Jadi memang lokasi sesuai untuk bercuti.

Jaraknya kira-kira 27 kilometer dari rumah aku. Melewati lebuhraya yang berbukit, seperti lebuhraya sekitar Changkat Jering- Kuala Kangsar. Aku rasa, suasana jalannya memang sama, dan ada juga terowong di situ. Cuma tidak ada tol.

Ada beberapa sebab aku ke situ. Pertamanya kerana aku tidak pernah merasa pengalaman memetik buah strawberry di sini. Kalau di Malaysia, aku pernah merasa pengalaman itu di Cameron Highland. Buah strawberry di sini memang besar. Manis pula tu. Tak sama langsung dengan di Cameron Highland. Banyak gambar aku ambil. Tapi aku tak boleh upload. Nanti aku story.

Keduanya itulah kali pertama aku ke Handorf. Orang selalu bercakap mengenai tempat itu. Tetapi aku tak pernah sampai pun.

Ketiganya - aku ingin pandu uji kereta Barina buruk aku yang dah reput tu. Semenjak aku beli kereta ini 2 tahun lalu, yang harganya cuma AUD 200, kereta itu memang tidak pernah rosak. Jadi, aku ingin lihat kemampuannya mendaki jalan berbukit. Memang sah. Kereta buruk tahun 1989 itu memang bagus. Ia boleh sampai ke sana tanpa ragu-ragu. Boleh lagi mencecah 100km/jam.

Sampai ke Handorf, terus singgah ladang strawberry. Bayar wang, masuk ke dalam ladang. Ambil gambar sana sini. Petik buah. Makan-makan. Dalam setengah jam, aku pun keluar. Sempat ambil gambar depan pejabat ladang itu. Ada juga taman bunga ros. Siap semua, masuk kereta. Start enjin.

Kamera yang tersangkut dengan talipinggang keledar buat aku rimas. Ambil kamera, letak sebelah. Sampai di bandar, ada garage sale pula. Berhenti. Aku tunggu dalam kereta, isteri aku singgah. Bila dia dah siap beli barang, aku keluar buka bonet belakang. Masuk kereta, terus balik.

Bila sampai Adelaide, baru aku tahu kamera aku hilang. Aku cari merata-rata tempat dalam kereta. Tak juga jumpa. Kalau jatuh, mustahil sebab dalam kereta. Kalau jatuh waktu aku buka bonet juga mustahil, sebab kamera tu siap dengan tali dan beg. Tentu aku perasan. Lagi pula, aku sudah buka kamera tadi sewaktu tersangkut dengan talipinggang kaledar. Sungguh ajaib.

Aku start enjin, sekali lagi ke bandar Handorf. Jaraknya 27 kilometer lagi. Pergi ke ladang. Tanya orang di kaunter. Pergi ke rumah garage sale. Tidak ada juga.

Sekarang baru aku tahu - bandar Handorf ada banyak jin! Sebab itu jugalah aku tak dapat upload gambar.

8 comments:

Anonymous said...

itu lah akibatnye gi handorf tak ajak kami...jgn mare ye...melawak je..jumpa ke tak camera tu?

Mcintyre..

azharjaafar said...

Jin pun nak carik makan.. jual kat garage sale..

speedrider said...

jin tersebut kat merata cerok pun ada. alpa sikit, dia muncul la

FakirFikir said...

Pn McIntyre --> Tak jumpa la. Aku saja tak ajak hampa, sebab aku memang nak pi buang kamera tu.

Azharjaafar & speedrider-->sini jin dalam bentuk manusia tak ada sangat kot. Maksudnya, kalau tak kunci kereta pun tak apa. 1/10000 kot kes curi2 ni. Kalau hilang pun, ada peluang kot jumpa balik. Tapi, kamera ni aku tak tau la.

mala said...

ada can beli camera baru...

FakirFikir said...

Mala --> Ada CASH baru beli. Setakat can tak cukup

ihsan_huhu said...

aku xpnh ag g strawberry picking wlpn dh byk kali g handhorf.

mmg cun esp time autumn

azharjaafar said...

1/10000 ???
Yang 1 tu kamera kau la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails