Yang Ikut

Monday, 23 November 2009

Mengapa kita tidak ada kelas?

Reactions: 
Sesekali apabila kita membelek budaya kita - membaca-baca ucapan orang besar, kita seolah-olahnya sedang diasak untuk mempraktikkan budaya berkelas pertama. Tidaklah pasti kita sekarang ini sedang mengamalkan budaya kelas berapa.

Cuba kita berjalan-jalan di tengah kota - di sana sini orang membuang sampah tanpa mengisahkan kebersihan alam. Membelek-belek suratkhabar baru dan lama - setiap hari orang membuat rasuah. Menjenguk masuk ke dalam dewan peperiksaan - akan ada seorang dua orang yang cuba meniru. Menjengah ke dalam buku tulisan akademik - ada pula plagiat dari hasil karya orang lain. Memutar stering di tengah jalan - tidak ada siapa menghiraukan lampu trafik. Melihat tingkah ahli politik - mereka melompat ke sana ke sini. Melihat cara kontraktor berkerja - akan ada runtuh sana, runtuh sini.

Semua ini terhasil dari minda tanpa kelas, bukan kelas pertama, kedua atau ketiga. Ia minda tidak bernombor. Mengapa jadi begini?

Mengapa kita tidak seperti banyak bangsa besar lain yang hidupnya ada prinsip. Mereka amanah, tidak menipu walaupun tidak membaca kitab agama. Mereka bersih dalam masyarakat walaupun mereka mungkin tidak memakai air ketika di tandas. Mereka jujur dalam berurus niaga walaupun tidak ada orang alim mengingatkan mereka tentang adab jual beli. Walaupun mereka mabuk dan tidak sedar diri - tetapi mereka tetap menjaga susila dalam masyarakat.

Adakah bangsa kita tidak ada sistem nilai teras? Adakah bangsa kita tidak mempunyai kosa kata dalam hal integriti, amanah, kebersihan dan nilai murni. Adakah kita ini begitu jahat dan tidak bermoral. Sedangkan nilai baik itu sepatutnya memang menjadi milik semua manusia.

Mengapa? Mari sama-sama kita berfikir sesaat setiap kali menyedut asap rokok atau menghirup secawan kopi.

4 comments:

ziarah76 said...

yg negatif tu budaya kelas hancus kot.

fitri said...

cerita kat kedai kopi la bang...

ihsan_huhu said...

sbb 'semua org buat aku pon buat la' attitude.

yg baik org ikut

yg xbaik pon org ikut

Nor Asiah Mohamad said...

Bercakap pasal integrity dan plagiat. Teringat masa di bangku sekolah dan terutamanya masa di universiti. Aku seorang yg anti plagiat atau meniru semasa exam. Ini kerana aku takut rezeki tu tak halal apabila aku mendapat kerja kerana keputusan yg cemerlang sebab meniru. Sampai 1 case, midterm untuk subject programming. Bagi org computer science subject programming paling mencabar. Semasa midtern, kebanyakan my friends membuat "toyol", dengan kata lain, menyalin jawapan atau steps di mana2 samaada di kain, meja dan bermacam-macam lg cara. Result midterm aku sgt teruk berbanding kwn-kwan yg menggunakan "toyol". Aku amat kecewa dan sehingga memutuskan untuk menggunakan "toyol" juga bagi final exam. Aku bersiap2 dgn toyol. Wlau mcamanapun, aku masih membuat revision, tidak seperti sesetengan kawan-kawan ku yg tidak buat revision kerana telah prepare dgn "toyol" yang hebat. Sampai di dewan peperiksaan, setiap kali aku nak tengok "toyol", terasa amat bersalah kepada my parents. At last, aku ambik keputusan meneruskan peperiksaan dgn apa yang aku tahu. Akhirnya, keputusan bagi subject programming aku masih baik dan lagi baik dari yang melihat toyol. Tp tak dapat dinafikan ada yg melihat toyol result dia lebih bagus dari aku. Aku aku bersyukur dan berpuas hati. Malah rasanya hidup aku lebih berjaya dari mereka.

Walaupun begitu, apabila aku dah masuk ke alam pekerjaan, mungkin aku dh lupa prinsip hidupku..isu plagiat amat biasa bagi ku.

Article dan isu Dr. Awang utarakan mampu menyentak benak fikirku..Aku perlu mempertahankan prinsip ku itu..Aku akan cuba sedaya upaya berjuang agar perjalanan Ph.D berjalan lancar.

Aku akan mempraktikkan dalam kehidupanku juga terutamanya dalam kerjayaku. Kadang-kadang bila kita terlibat dgn situasi yg melibatkan org lain, kita sukar untuk menilai integriti kerana org lain mengiyakan perkara tersebut. Walaupun kita rasa tak berapa integrity tetapi kita mengiyakan juga. Moga aku selalu dapat hidayah dariNya agar aku boleh terus kekal dengan prinsip hidupku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails