Yang Ikut

Wednesday, 18 November 2009

Sekadar cerita biasa

Reactions: 
Ini adalah entri aku yang ke-290. Sejak aku mula menulis di blog ini, aku tidak tahu siapa yang telah membacanya. Asalnya aku hanya sekadar suka-suka menulis bagi mengemaskini kehidupan aku di Adelaide - dengan harapan saudara mara dan kawan-kawan lama aku membacanya. Tetapi aku pasti - mereka semua tidak ada masa untuk membacanya. Juga tidak semua kawan-kawan aku yang tahu hal-hal berkaitan internet.

Aku kadang-kadang cuba menulis hal separa-akademik, kadang-kadang isu yang mungkin tidak ada maknanya. Akhirnya, aku berfikir lebih baik aku menulis hal-hal yang bermanfaat sedikit, untuk berkongsi pengetahuan dengan orang lain. Aku sebenarnya bukanlah orang pandai, bukan juga ahli akademik sebenarnya. Aku seperti orang kebanyakan yang lain juga. Cuma takdir Tuhan menyebabkan aku terlantar di sini - mengunyah kehidupan bersama para ahli akademik lain.

Dulu - ketika menunggu keputusan SRP, aku kerja menebas kebun Felda tidak jauh dari kampung aku. Ketika menunggu keputusan SPM, aku kerja di ladang tembakau di Bukit Kayu Hitam. Aku juga pernah kerja kontrak ketika menunggu keputusan STPM, dan kemudiannya kerja menanam rumput di UUM sebelum kemudiannya aku kerja kilang di Selayang Baru. Sepanjang cuti panjang semester universiti, aku banyak berkerja sebagai pembancuh simen. Pernah di Melaka, pernah juga di tempat lain. Dulu-dulu aku masih kuat untuk mengangkat sekampit simen. Kerja sebagai pembancuh teh telah aku ceritakan sebelum ini.

Habis universiti aku kerja swasta.

Jadi - aku sebenarnya bukanlah orang yang bersifat akademik. Cuma takdir aku baik sedikit dari kebanyakan orang lain. Itulah pekerjaan Tuhan. Di sekolah dulu pun, aku tidak ingat cikgu yang mengajar mengharapkan aku masuk universiti. Keputusan di universiti pun bukanlah baik sangat, baik sedikit dari kebanyakan orang lain. Itu sahaja. Tidak pernah pun aku mendapat Anugerah Dekan atau apa-apa sijil kebanggaan lain. Persatuan pun aku tak masuk. Aku juga tidak pernah mengundi di kampus. Jadi, aku bukan kategori manusia belia sangat.

Cuma ada hal-hal yang aku rasa aku bagus. Aku boleh mengingat dan menghafal. Dalam hal-hal psikologi, aku boleh tahu siapa yang menulis sesuatu perkara. Jadi, aku boleh terus membuka buku kalau timbul satu-satu isu. Itu kelebihan yang Tuhan beri.

Bila aku buat tinjauan siapa yang membaca blog ini, dan apa yang mereka harapkan aku tulis, tujuan aku sebenarnya ingin menulis sesuatu yang sesuai dengan khalayak pembaca. 57% pembaca blog ini ialah pelajar universiti, dan 83% mengharapkan aku menulis apa sahaja seperti sekarang.

Tentu juga ada pembaca lain. Mereka mungkin merupakan pembaca Krenmaut atau SwingingBowl yang kontroversi itu. Dari blog ini juga, aku berjumpa dengan teman-teman baru yang aku tak kenal pun mereka. Mereka juga tentunya tidak kenal aku pun. Seperti Zarzh, Ziarah76, CucuHipnie dan beberapa lagi.

Aku harap akan dapat terus menulis dan menyumbangkan sesuatu.

6 comments:

ihsan_huhu said...

student2 byk yg bosan cam aku. so kne r carik tpt membace n mengomen.

ziarah76 said...

aku rasa hang menulis dgn rasional dan realiti. Dan kadang kala merendah diri walaupun hang sebenaqnya tak kurang hebatnya dlm bidang hang.
Tu yg jadi best, informatif dan menarik nak baca.
Terlanjur tulih, aku bagitau hang, aku pun dulu buat kerja macam2, jual bawang pasar malam, sapu sampah, attendan stesen minyak, susun barang supermarket, buruh kilang plastik, kilang coklat, cashier mcD, kilang rokok, jual baju BritishIndia dan macam2 lagi hingga ke Muzium Kesenian Islam dan akhirnya sekarang ialah...
Aku pun asal dari keluarga orang susah yg terpaksa bekerja tak seperti rakan2 sebaya lain. Perangai dulu pun serabut tak tentu hala!
Tapi alhamdulillah... Allah ubah kehidupan aku sekarang. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.
rasanya kita macam ada something in common dlm bab latarbelakang susah tu.
Teruskan blogging bro!!

qazwsx said...

salam, teruskan menulis aku akan terus membaca blog tuan setiap hari di ofis ataupun di rumah, tulisan tuan menceriakan especially mengenai realiti kehidupan, itu belum lagi cerita masa kita bersama di Maluri, di Plaza Warisan dan di Menara Brindley, banyak kisah menarik yg boleh tuan abadikan.

cucu Hipnie said...

salam wbt..

walaupun mmg x knal, tp melalui penulisan kami dapat berkongsi pengalaman hidup encik FakirFikir. ada teman pernah cakap, hidup kita x panjang untuk melalui smua bnda, jadi kita perlula blajar drpd pengalaman orang2 lain jugak.

seperti mereka di atas, sy suka baca blog ni sebab penulisannya jujur dan realistik. xda cover2 punyer.. huhu..

FakirFikir said...

huhu - kira blog boleh jadi kedai kopi juga. Tempat orang lepak-lepak.

Ziarah76 - aku menulis apa yang aku terasa nak tulis. Tak kisahlah orang suka atau tidak. In common, kita sama, cuma umur aku dah tua. Tukar umur mau? He he.

Tuan tanpa nama - dia ini kawan lama aku. Walaupun tanpa nama, aku tetap kenal. He he.

CucuHipnie - jangan kata ada yang tak cover, banyak tu.

Anonymous said...

Hi...2013 i still read ur blog...u stud..tambah 1% hahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails