Yang Ikut

Friday, 25 December 2009

2009 - yang indah, yang buruk

Reactions: 
Lima hari lagi - tahun 2009 akan ditutup. Apa yang indah sepanjang tahun ini? Aku pun tidak berapa pasti apa yang dikategorikan sebagai indah. Mungkin pengalaman aku mengendalikan bengkel di sekolah lama dan di sini, berinteraksi dengan anak-anak kampung sesuatu pengalaman yang baik.

Tahun 2009 ini juga aku berpeluang bersama beberapa anak muda di Adelaide mengendalikan bengkel lain. Satu tulisan aku juga diterima untuk satu jurnal. Aku juga menyelesaikan kajian aku yang yang ke empat dengan bantuan beberapa orang teman. Aku juga sempat pulang ke kampung untuk melihat keluarga aku. Sempat kembali bernolstalgia di sungai, bendang dan hutan. Ia berita indah.

Semua ini berita baik tahun 2009.

Apa yang tidak baik?

Cerita kepulangan abang aku ke Rahmatullah tidak boleh dikategorikan sebagai berita tidak baik, sebab ia sudah menjadi ketentuan Allah.

Ia cuma berita sedih. Ia berita paling sedih tahun ini. Tapi tak mengapalah, satu hari nanti pun aku akan pulang juga - seperti semua daripada kita ini. Kita cuma singgah sahaja di sini.

Berita paling cemas pula apabila semuanya tidak menjadi beberapa bulan lalu.

Aku juga adakala dilanda simptom tidak betul juga. Sampai aku merasa patut ditutup blog. Sebenarnya, semua orang sakit. Orang yang belajar psikologi juga sakit.

Bagi aku - tidak ada apa yang sangat indah dan sangat buruk sepanjang tahun ini.

Kita merasa sesuatu sebagai sangat indah hanya beberapa saat sahaja. Ketika kita dikurniakan sesuatu, kita merasa sangat teruja dan paling bahagia. Apabila dicuba dengan musibah dan ujian berat, kita merasa sangat derita. Takut dan membimbangkan. Seolah-olahnya kitalah manusia paling malang dalam alam ini.

Masa berlalu. Lama kelamaan yang kita rasakan indah itu tidak lagi indah. Yang dirasakan pahit tidak lagi pahit. Ia menjadi cerita sahaja. Ia menjadi kenangan sahaja. Dan, kita diuji lagi dengan cerita baru, yang baik dan yang buruk. Yang manis dan yang pahit.

Begitulah hidup. Ia datang dan pergi. Menipu dan mengkhayalkan kita.

Selamat datang 2010. Semoga ia membahagiakan semua pembaca.

7 comments:

Ahmad Al-Hadi said...

Salam....saya baru bertemu dgn blog ini.... tulisan yang saya rasa jujur dan datang dari hati tuan....

Syukur, kerana tuan masih terus berblog....saya menanti 2010 dengan gembira dan sangkaan baik agar Allah swt jadikan kita insan yang insaf akan nikmat nya....

Semoga tuan sihat adanya dan dapat terus berkongsi curahan minda buat tatapan pelawat seperti saya....

jazakallah bro....

FakirFikir said...

Ahmad Al-Hadi,
Selamat datang dan terima kasih.

ihsan_huhu said...

yg buruk tuh utk diperbaiki pada tahun hadapan

ziarah76 said...

innalillah... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh abang tuan dan mudah-mudahan dia ditempatkan bersama orang2 soleh. Amin

FakirFikir said...

Salam tahun baru Hijrah dan Masihi untuk Ziarah76 dan Ihsan_huhu.

Inah said...

hope ur 2010 will be the best year for u..esok jgn lupa shopping ;)

FakirFikir said...

Inah - Thank you. Best year for you too.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails