Yang Ikut

Wednesday, 30 December 2009

Cerita maman tidak menjadi

Reactions: 
Mendapat ilham dari cerita Ziarah76.

Ini cerita rekaan mengenai pekerjaan Allah dan pekerjaan manusia. Seorang kawan aku menceritakan hal ini.

*************************
Nota
Pokok maman ini dalam bahasa Kedah. Aku tidak tahu bahasa betulnya dalam bahasa Malaysia, sebab aku bercakap dalam bahasa Siam. Pokok ini yang perlu diperam dahulu sebelum boleh dimakan. Berupa seperti pokok bayam.

Update
Kawan aku kata pokok maman. Ya, aku rasa itu yang tepat. Jadi aku ubah jadi pokok maman.

*************************

Satu hari, seorang petani yang susah sedang dilanda kesempitan wang. Tidak ada lagi wang dalam poketnya, tidak juga di akaun bank. Dia sangat susah hati. Tiba-tiba, ia mendapat surat dari anaknya memintakan wang poket untuk perbelanjaannya di universiti. Hatinya bertambah kacau. Ia tidak tahu apa yang boleh dilakukannya untuk mendapatkan wang.

Hartanya yang ada hanyalah beberapa genggam daun maman. Itu pun hanya beberapa hari diperam. Ia belum masam lagi. Kalau dijual pun belum tentu laku. Siapa yang mahu makan pohon maman yang belum masam.

Dalam kerunsingannya, dia tertidur. Lalu bermimpilah dia didatangi seorang tua yang memintanya pergi membawakan daun maman yang masih belum menjadi itu (belum masam) untuk dijual.

Lelaki tadi terjaga. Ia jadi pelik. Siapa yang mahu membeli daun maman yang tidak menjadi. Ia tidak dimakan orang.

Tetapi kerana tiada pilihan, pergilah lelaki tadi ke pasar malam untuk dijualnya daun maman tadi. Seorang pelanggan datang bertanya, "Apa itu pakcik?". Dia menjawab, "Daun maman, tapi tak menjadi lagi". Pelanggan tadi pun berlalu. Seorang demi seorang datang, tetapi tidak ada siapa pun yang mahu membeli daun maman tadi. Mana ada orang mahu makan daun maman yang belum matang diperam.

Jam 10 malam, pasar malam hampir ditutup. Semua peniaga sedang berkemas untuk pulang. Tidak ada lagi orang lalu lalang. Lelaki tua tadi terus berdiri di hadapan daun maman peramannya yang belum masam itu. Ia hanya mampu berdoa. Siapa yang mahu membelinya.

Tiba-tiba, ada seorang wanita kaya tergesa-gesa berlari datang kepadanya. "Apa itu pakcik?". "Daun maman", jawab lelaki tadi dengan perlahan. "Dah menjadi ke belum". "Maaflah nak, ia belum menjadi lagi".

"Hah, ini yang saya cari. Sudah merata tempat saya mencari maman tidak menjadi. Sebab saya mahu hantarkan kepada suami saya di Dubai. Saya akan berangkat besok malam. Kalau saya beli yang sudah menjadi, nanti bila sampai di sana tentu sudah rosak. Jadi, saya perlu cari yang belum menjadi. Agar bila sampai di Dubai nanti, ia baru sahaja masak. Inilah yang saya mahu"

Lalu maman tidak menjadi pun dijual. Dapatlah petani tadi hasilnya.

Moral cerita - manusia hanya melakukan usahanya. Jangan mengatur pekerjaan Tuhan. Soal rezeki, ia bukan pekerjaan manusia. Kita hanya melakukan apa yang patut dilakukan.

7 comments:

ziarah76 said...

Rezeki dari Allah. Keman yg tak jadi pun boleh beri hasil.

zarzh said...

Jazakallah, menarik cerita ni juga info yang baru, sebab sebelum ni, tak tahu saya apa tu pokok keman.

ihsan_huhu said...

malangnya kastam dubai confescate daun keman tersebut.

kecewalah suami wanita kaya tersebut kempunan daun keman

Othman Juliana said...

pokok keman, pernah dengar masa di uum dulu-cuma tak tau rupa mcm mana.

tapi, kalau usaha sudah tapi hasil tak nmpk-otak dah bercelaru, stress sebab tekana dari pelbagai bentuk dan aspek-susahnya nak hadapi!!

cuba utk bertahan-takut tak mampu lagi lepas ni-aiyoyo~

Chah said...

aku rasa, pokok maman kot? sbb pokok tu ja depa buat jeruk..

Ahmad Al-Hadi said...

Aik....saya pelik bin ajaib....sejak bila maman jadi keman....

Apa-apa pun.... saya pun tak pernah lagi jumpa samada maman atau keman...

Allah Maha Hebat....banyak lagi benda yang kita tak tahu....

FakirFikir said...

Memang nama dia maman, bukan keman. Aku pun tak berapa nak ingat nama Melayu. Sebab di kampung, kami pakai bahasa Siam. Ada dua jenis, ada yang hijau dan ada yang merah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails