Yang Ikut

Sunday, 13 December 2009

Ini isyarat awal - II

Reactions: 
Apabila aku memberikan isyarat awal, sebenarnya bukanlah tujuan aku untuk menguji pasaran saham seperti yang diungkapkan oleh Ihsan, atau seperti yang disuratkan oleh Ben. Sebenarnya itulah yang aku fikirkan lama sebelum ini. Aku serius. Sebenarnya aku merasa cukup sibuk untuk beberapa waktu terakhir ini. Ini menjadikan aku merasa tidak berapa cukup tenaga untuk menulis blog ini.

Sebenarnya, tidak cukup tenaga dalam erti kata menulis sesuatu yang bermanfaat. Menulis dengan melakukan sedikit penyelidikan. Menulis hal-hal yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca. Jadi, untuk menulis semua ini, aku perlu menyelak kembali buku psikologi, atau sesekali akal aku perlu menggelintar memproses maklumat. Ini kita namakan heuristik. Semua inilah yang memenatkan.

Menulis hal-hal muzik Iron Maiden atau Metallica seperti yang dilakukan Bentara juga antara hal yang memenatkan. Ia kelihatan hanya menulis perkara berkaitan lagu dan muzik sahaja. Hakikatnya tidak. Ia menulis sesuatu yang bermaklumat. Ia perlukan penyelidikan, kalau tidak pun seberat menulis tesis. Ben menulis hal itu secara serius. Penulisan seumpama inilah yang aku maksudkan aku tidak begitu cukup tenaga.

Tidak ada apa-apa pun yang meletihkan kalau aku sekadar menulis hal-hal biasa. Menulis hal memetik buah strawberry atau kisah memancing ikan bream di West Lake. Atau menulis ke mana aku pergi dan berapa kali aku mandi. Ia tidak menggangu pun masa yang aku ada.

Tetapi - tentulah selamanya aku tidak wajar menulis hal seumpama itu. Aku perlu juga menulis hal lain yang lebih bermakna. Itulah sebenarnya yang aku rasa tidak berapa mampu ditulis dalam celah sibuk yang kian menjadi-jadi ini. Sebab itulah, bila aku berfikir kalau begitulah - lebih baik aku tutup sahaja blog ini.

Dalam hal aku - aku rasa tidak banyak blog yang menulis hal berkaitan psikologi, khususnya dalam bahasa Melayu. Aku cuba menulisnya agar ada hal yang boleh dikongsi bersama. Tetapi, kerana sibuk, aku jadi begitu penat untuk menulis hal seperti ini. Dalam istilah kami - kami namakan exhausted. Maksudnya penat berfikir, letih menggelintar.

Sebab itulah - idea untuk menutup blog tiba-tiba muncul. Ia timbul kerana aku merasa aku penat dan tidak mampu.

Bagaimana pun, ada seorang kawan aku mengirimkan e-mel agar mengekalkan blog ini kerana dia juga sekali sekala boleh membacanya. Jadi aku berfikir, kalau tidak dia, tentu ada orang lain yang juga boleh membacanya. Antara penziarah awal blog ini seperti Zarzh juga tentu boleh membacanya.

Jadi - aku harap aku masih ada waktu yang cukup untuk menulis. Khususnya hal-hal psikologi manusia. Aku juga selalu berharap agar mampu memberikan sesuatu yang baik untuk dibaca.

6 comments:

Abang Ben said...

aisey... sibuk sampai bila? Nanti ada juga la free tu... nak sampai tutup blog pulak. Tulisan yang ada tu biar la orang google dan baca.

Blog ni ikut suka ati ko la nak update bila. Bukan ada dateline. Tak perlu rasa pressure melampau nak update blog.

ajaq said...

Menulis menuangkan pikiran, menumpahkan perasaan, meyampaikan pesan, kejengkelan maupun kegembiraan.

Napoleon pernah mengatakan: “Aku lebih takut kepada sebatang pulpen (tulisan) dari 1000 tentara”.

Tulisan memang bisa begitu ganas. Konon, lebih tajam dari pisau.

risalah Rasulullah, Al Quran ,firman Allah SWT

....menutup blog tidak semestinya kerja anda beres....

....menulis bisar mengurangkan presure anda.....

isuzu_aizu said...

abg awang jgn berenti tulis blog ye, intan suke sangat citer2 saiko manusia ni. disebabkan bace abg awang punye blog ni la , intan rasa mcm nak blaja saiko pulak lepas ni. hihi. no pressure utk update sentiasa, so jgn tutup okie :)

ihsan_huhu said...

kl ko tutup blog ko, berkurang r satu blog yg berfaedah yg aku bace

Abang Ben said...

silap...

kena reverse psycho baru boleh jalan...

HANG NAK TUTUP, TUTUP LA AWANG OI!!! BLOG HAMPEH!!!

ziarah76 said...

betul ben kena reverse:
tutup la, aku tak suka baca.
(sebenarnya nak cakap: "Jangan tutup la, aku suka baca.")

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails