Yang Ikut

Wednesday, 2 December 2009

Pesan untuk orang lama

Reactions: 
Ketika aku masih budak-budak, aku selalu membayangkan yang tinggal dan hidup di luar negara tentulah indah. Ketika habis ijazah pertama, aku selalu mengangankan untuk belajar di luar negara. Bagi aku, hidup di negara orang tentu sangat menarik. Ia seolah-olah menjadikan kita manusia hebat, pandai dan bijak.

Realtinya, ada yang indah, dan ada yang tidak indah. Untuk berkata berkata belajar di luar negara akan menjadikan kita lebih bijak tentu tidak juga. Kebijaksanaan berkait dengan kematangan, pengalaman dan pergaulan. Kebijaksanaan bukan sekadar pandai menulis tesis atau bijak berseminar. Itu hanya kulitnya sahaja.

Beberapa bulan lalu, aku menulis hal orang kampung aku akan ketawa besar. Itu sebahagian daripada budaya tidak cerdik di kalangan orang yang masuk universiti. Banyak orang yang belajar di universiti - terus mendaki dari satu bangunan ke satu bangunan. Mereka lulus periksa demi periksa. Mereka dapat markah yang sangat bagus. Itulah hebatnya orang yang belajar di universiti. Apatah lagi yang dipilih menjadi pensyarah. Tentu mereka ini orang cerdik - kalau tidak dari mata sebahagian orang - sekurang-kurangnya dari mata orang kampung aku.

Untuk orang yang baru sampai, aku sudah berpesan hal ini lama dahulu. Tetapi, ada juga pesan lain untuk mereka. Mereka jangan mengharapkan agar dilayan dengan baik walaupun pada mata kasar mereka - mereka sudah menghubungi orang yang cerdik. Ingat - definisi awal aku - cerdik bukan semestinya ada ijazah bersusun. Cerdik ialah pengetahuan bergaul dengan manusia. Cerdik ialah keupayaan memahami masalah orang lain. Cerdik ialah keupayaan untuk menjadi manusia dewasa. Itulah cerdik.

Sebab itu - aku tidak sedikit pun terkejut - kalau ada orang yang baru sampai - yang masih tidak tahu apa-apa, tidak tahu letak duduk jalan raya - tiba-tiba diberi isyarat untuk tidak menumpang lama-lama. Aku tidak berasa terkejut juga - kalau mereka yang sedang terpinga-pinga - tiba-tiba diberitahu agar cepat mencari rumah sewa. Mereka juga mungkin akan didesak dengan banyak hal lain yang menjadikan mereka bertambah bingung - misalnya membeli kereta dan buku peta.

Semua ini memang hal yang wajib untuk orang baru.

Cuma - untuk orang lama, anda juga perlu belajar satu hal lain. Anda juga pernah menjadi manusia baru sebelum anda menjadi manusia lama. Anda tentu faham perasaan orang baru. Mereka bukan sekadar terkejut cuaca, tetapi juga budaya. Mereka perlu dilatih dahulu sehari dua mengenai bas dan tiket. Mereka patut difahamkan akan hal halal haram makanan. Mereka patut diberitahu mengenai telefon bimbit. Dalam erti kata yang lain - orang lama patut memahamkan mereka mengenai selok belok hidup di tempat baru, dunia baru dan budaya baru.

Itulah sebenarnya kerja syarahan anda yang paling besar. Itulah kerja mengajar anda yang paling diminta. Bukannya hanya mensyarah dalam bilik kuliah berhawa dingin.

Tugas anda juga ialah memberitahu orang lain dengan kehadiran orang baru. Ia bertambah mustahak kalau anda rasa anda tidak mampu menguruskannya - misalnya sibuk dengan tesis atau hal lain. Mungkin orang lain ada cara lain yang boleh mempermudahkan hidup mereka. Kalau anda tidak boleh, tentu ada orang lain boleh.

Kalau kita diminta naik bas dan turun di pekan Changlun pun boleh terpinga-pinga, apatah lagi kalau menaiki pesawat Boeing 747 dan turun di Adelaide. Tentu lebih membingungkan.

Jadi - belajarlah sesuatu. Itu tugas besar semua daripada kita. Ijazah bergulung-gulung tidak akan ada maknanya kalau kita tidak tahu hal seperti ini! Sebab itulah kecerdikan itu tidak semestinya belajar tinggi-tinggi, kerana hal ini tidak ada disebut dalam apa jua buku.

7 comments:

ihsan_huhu said...

ah.. aku dtg sini sorg2. naik flight sorg2. sampai epot org uni amik. carik bank carik kedai sume sorg2.

apsal budak2 pandai yg english bertabur2 nk enquire nk bukak account pon cuak?

n said...

cuak akauntan ensem

ihsan_huhu said...

padehal makcik gemok je pon

Yard said...

salam..trima kasih kerana berkongsi pengalaman kat adelaide.. insyaALLAH saya akan ke sana utk bwat degree taun dpn.. moga2 dpt berjumpe

FakirFikir said...

Yard -- selamat datang.

isuzu_aizu said...

hihi. pernah jadi orang baru. pernah jugak jadi orang lama. macam2 pengalaman yang manis dan pahit. :) harap2nya dulu saya bukanlah orang baru dan orang lama yang menjengkelkan. huhuhuu

FakirFikir said...

Isuzu Aizu dan teman-temannya di rumah 3 bilik Ovingham tidak pernah menjengkelkan. Mereka masih budak-budak bujang yang lebih bijak dari orang dewasa yang umurnya kian panjang. Aku tahu, kerana itulah antara rumah yang pertama aku singgah. Terima kasih untuk mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails