Yang Ikut

Saturday, 27 February 2010

Selamat pulang kawan

Reactions: 
Sebentar tadi kawan aku dari Malaysia berangkat pulang. Kawan aku, Sidi (dahulunya jurutera) dan isterinya Dr Siti Salina sudah berada di bumi Adelaide ini hampir 4 tahun. Ketika aku mula sampai ke bumi Adelaide hampir 3 tahun dulu, mereka memberikan aku sekotak kurma.

Yang mengikuti pengajian ialah isterinya. Sebenarnya belum dianugerahkan gelar 'Dr' lagi. Tetapi memandangkan semua keperluan universiti telah dipenuhi, dan tesis sudah dihantar, maka kita berdoa agar semuanya selamat. Harapnya beliau bakal mendapat doktor beberapa bulan lagi. Sebab itu aku letakkan gelar 'Dr' di depannya.

Siti belajar kaunseling - satu cabang dari psikologi. Orang selalu keliru. Orang anggap belajar psikologi boleh jadi kaunselor. Sebenarnya hanya yang belajar kaunseling boleh jadi kaunselor. Jadi bukan semua yang belajar psikologi itu akan menjadi kaunselor. Aku tidak layak dan tidak boleh menjadi kaunselor, sebab ia bukan bidang aku.

Ini gambar sebahagian anak Melayu Adelaide di lapangan terbang. Kami akan menghantar orang yang pulang. Suatu saat nanti, orang lain pula akan menghantar kita balik.

4 comments:

ihsan_huhu said...

aiseh dh balik r plak

Yard said...

salam.. alamak bro..
awalnya balik..saya br nk pegi bulan 7 nh atau bulan 2 taun dpn..
spe nk bwat usaha agama dgn sy nnt..

mangkuk statik said...

Bai Sidi n Salina!! Sori aku lupa nak antar.
Aku dah tua. Aku dah jadi pelupa. Itulah sebabnya org yg dah tua kene berbini empat.
Biar ada empat org utk mengingatkan dirinya.!!
Amin!

Anonymous said...

aku kat malaysia, bulan 3 ini aku akan kembali semula ke bumi adelaide
terimakasih atas washing machine ,shidi - rakan memancing. selamat pulang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails