Yang Ikut

Monday, 22 February 2010

Bagaimana untuk menulis?

Reactions: 
Ini bukanlah soalan seolah-olah anda tidak tahu menulis. Orang yang boleh membaca biasanya tahu menulis. Orang yang boleh menulis belum tentu boleh bercakap, seperti juga orang yang boleh bercakap belum tentu boleh menulis. Bercakap dan menulis adalah hal yang berbeza. Tetapi, membaca dan menulis adalah hal yang sama.

Menulis adalah pemikiran.

Kita tidak boleh menulis sesuatu kalau tidak ada maklumat dan pengetahuan. Sebab itu, bagi kebanyakan orang - untuk menjadi penulis mereka juga perlu membaca. Walaupun pengetahuan juga boleh didatangkan dari sumber lain - misalnya menonton, memerhati atau berdasarkan pengalaman, tetapi membaca adalah sumber yang paling baik.

Bagaimana untuk menulis. Anda jangan terburu-buru untuk menulis. Ia hal yang tidak betul. Langkah pertama yang patut dilakukan ialah membaca sebanyak-banyaknya. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan yang berkualiti untuk dibaca. Dengan membaca anda berfikir. Dengan berfikir, pemikiran anda akan lebih tajam.

Sekiranya anda merasakan anda perlu menggunakan masa selama 2 minggu semata-mata untuk membaca, itu tidak mengapa. Sebaik sahaja anda habis membaca, baru anda tetap matlamat untuk menulis. Katakan siapkan karangan 8000 patah perkataan dalam masa 4 hari. Anda tidak boleh tetapkan matlamat menulis dahulu, sedangkan anda belum membaca. Ini menjadikan anda tidak bakal boleh menulis. Kalau menulis pun, ia membuang masa. Tulisan anda tidak berkualiti.

Menulis perlu ada hukumnya. Anda tidak boleh menulis tanpa ada kesinambungan. Nanti orang kesesatan membaca tulisan anda.

Sekiranya anda rajin, anda boleh belajar menulis dari orang lain yang pandai. Sekiranya anda tidak ada masa, anda carilah buku atau jurnal yang ditulis mereka yang pakar. Lihat bagaimana mereka memulakan pengenalan. Lihat bagaimana mereka menyusun ayat.

Mari kita mulakan menulis!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails