Yang Ikut

Wednesday, 17 February 2010

Rahsia menjadi jutawan

Reactions: 
Anda ingin jadi kaya raya?

Anda ingin tahu rahsianya?

Anda berkerjalah 24 jam sehari tanpa cuti. Anda boleh membuat pelbagai kerja setiap hari agar anda akan mampu mengumpul wang yang banyak. Din kawan aku - selesai sahaja melukis grafik - perlu memandu lori dari Pasar Borong Selayang menghantar sayur ke Ipoh.

Ari - selesai sahaja mengajar di sekolah, perlu mengajar tuisyen pada sebelah petang dan menjual barang direct selling di waktu malam. Dia juga perlu menjimatkan perbelanjaan hariannya. Makan sekadar untuk hidup.

Anda yang berkerja perlu membuat kerja tambahan lain. Jangan hanya duduk diam. Jangan berehat. Jangan balik kampung setiap kali cuti. Lebih baik naik bas sahaja - ia menjimatkan petrol dan tol.

Itukah rahsia untuk anda menjadi jutawan?

Tidak. Bukan itu. Tanpa berhenti seminit pun berkerja selama 365 hari tidak akan mampu menjadikan anda jutawan. Itu bukan rahsia untuk anda menjadi jutawan.

Rahsia seorang jutawan ialah siapa bapa dan ibunya, atau saudara maranya. Rahsia menjadi jutawan ialah dengan siapa anda berkawan. Untuk menjadi jutawan tidak semestinya anda kuat berkerja, tetapi sejauh mana kuatnya pengaruh saudara mara anda bagi membolehkan semua orang mempercayai anda.

3 comments:

Anonymous said...

Duit bukanlah segalanya kawan...ingat.. jangan jadi hamba duit..biar duit yang jadi hamba kita..duit sekadar untuk hidup ..bukan hidup untuk duit..Ari,Perlis

ihsan_huhu said...

bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian mmg xleh pkai dh

Abang Ben said...

yang bagi kaya atau miskin --> Allah s.w.t.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails