Yang Ikut

Friday, 26 February 2010

Ini berita gembira

Reactions: 
Beberapa hari lalu aku menulis hal ini, hal kerja.

Hari ini seorang kawan menghantar e-mel memberitahu berita gembira. Berita kerja. Elaun kami dinaikkan. Penangguhan pengajian juga mungkin dibenarkan dengan alasan yang munasabah, atau sebab-sebab yang wajar.

Berita ini hanya untuk universiti aku sahaja. Aku tidak tahu warga universiti lain.

Setelah tamat tempoh belajar, sekiranya kami masih gagal mendapat PhD, kami diminta pulang ke Malaysia. Masa satu tahun lagi diberikan untuk menyiapkan semua kerja-kerja sehingga ijazah diperolehi.

Selepas itu, sekiranya gagal juga - bagi staf tetap, pembayaran balik melalui potongan gaji akan dilaksanakan. Bagi fellowship seperti aku - aku perlu mengucapkan 'good bye'. Bukan sekadar ucapan, kena bayar balik segala hutang yang ada!

Hei - jangan hanya bimbang untuk gagal. Sesekali perlu melihat peluang untuk berjaya.

3 comments:

zarzh said...

Sabda Nabi Muhammad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ
- "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (An-Nasai, Ibnu Hibban)


Semoga kita dapat memperbanyakkan salawat keatas nabi Muhamad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ dan semoga kita semua mendapat syafaat dari Nabi dihari masyhar yang amat mengerikan.

- Syabas saya ucapkan atas elaun fakirfikir dinaikkan.

SamaFikir-England said...

Salam Tuan FakirFikir,
Alhamdulillah..gembira juga saya mendengar berita terkini ini. Apakah gerangan uni. Tuan sama dgn uni. saya? Harap2 begitulah yaaa. Tidak pun uni. saya turut mengikut jejak uni. Tuan. Kebuntuan melanda minda, jiwa & tenaga, seolah2 tidak berpijak di bumi yg nyata..itu yg dikatakan senior sebagai 'sindrom tahun-3'. Tapi perkhabaran berita ini sedikit sebanyak mengubat rasa gundah-gulana.

Anonymous said...

untung le kekawan...............
aku nangis.............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails