Yang Ikut

Wednesday, 3 February 2010

Mari kita rakamkan sejarah kita

Reactions: 
Setiap daripada kita adalah penonton bagi setiap peristiwa. Setiap daripada kita adalah sejarawan yang merakam cerita manusia.

Puluhan tahun dahulu - tahun 1990 - dari kaca televisyen - kita melihat ratusan peluru Scud Iraq bertembung dengan teknologi Amerika dalam perang di Iraq. Kita kemudiannya melihat mayat-mayat bergelimpangan dalam konflik di Balkan - kekejaman tentera Serb ke atas Bosnia. Kita juga tentu tidak berasa gembira dengan apa yang berlaku ke atas Iraq dan Afghanistan dalam dekad terakhir ini. Semuanya adalah cerita kekejaman manusia.

Kejahatan manusia yang paling durjana - ialah berlaku kejam ke atas manusia. Saddam Hussien, Osama Laden adalah simbol yang dilihat ganas, tetapi mereka juga akhirnya menjadi mangsa kekejaman manusia lain pula. Semua cerita ini kita simpan dalam ingatan kita, kalaupun tidak menulisnya. Kerana kitalah sejarawan yang merekodkan semua ingatan ini untuk anak cucu kita - kita mentafsir dan menceritakan semula.

Setiap hari kita mendengar dan menafsir sejarah.

Kitalah ahli sejarah yang paling jujur dalam setiap apa peristiwa sekalipun.

Jadilah perakam yang ikhlas - dengar dan lihatlah.

Kita akan tahu - betapa cita sempurna seperti apa yang diungkapkan oleh Almarhum Prof Syed Hussien Al-Attas tetap diperlukan untuk kita menjadi manusia. Sekiranya anda mempunyai banyak waktu - pergilah mencari buku ini Cita Sempurna Warisan Sejarah. Ia sesuai untuk kita.

2 comments:

isuzu_aizu said...

insyaAllah i'll go get the book this afternoon. macam menarik :)

FakirFikir said...

Intan,
Buku itu lbh kepada falsafah. Tapi bagus untuk minda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails