Yang Ikut

Thursday, 4 February 2010

Kejayaan itu bukan hanya universiti

Reactions: 
Aku sudah menghabiskan hampir 9 tahun dalam iklim pendidikan di universiti. 4 tahun ketika ijazah sarjana muda - hampir 2o tahun dulu. 2 tahun ketika pengajian peringkat sarjana. Dan kini hampir 3 tahun untuk peringkat pengajian warga tua.

Apakah universiti tempat terbaik untuk semua manusia? Adakah hanya universiti yang membuka pintu untuk hidup kita semua.

Sebenarnya universiti bukanlah segala-galanya. Sekiranya anda terpilih untuk ke universiti, itu mungkin sebahagian daripada peluang baik yang tercipta untuk anda. Tetapi bukanlah hanya universiti yang membawa kejayaan hidup manusia.

Di Malaysia - terdapat satu sindrom - meletakkan universiti hanya sebagai punca segala kejayaan. Anak-anak kita yang kurang cemerlang - yang ditolak permohonannya ke universiti - atau yang tidak layak untuk memohon - dianggap manusia yang gagal. Ini tidak betul. Bukan semua orang yang lulus universiti itu berjaya - sama banyaknya juga dengan bukan semua orang yang lulus universiti itu cerdik belaka.

Sebenarnya banyak lagi institusi lain yang ada. Ia juga membuka peluang untuk anak-anak kita. Tetapi kerana kita hanya agungkan universiti - institusi ini jarang dipromosi. Ia dianggap pusat pendidikan kelas dua sahaja. Institusi seperti IKM, Pusat Giat, Institut Kemahiran Tinggi dan sebagainya sebenarnya adalah pintu lain kejayaan anak-anak kita.

Seiiring dengan tanggapan hanya universiti sebagai segala-galanya - kita lebih cenderung untuk melihat anak-anak kita menjadi doktor, jurutera, akauntan atau apa sahaja pekerjaan profesional lain. Kita jarang menyebut kerjaya lain yang biasanya dikeluarkan oleh institusi kemahiran.

Sejak dari bangku sekolah - anak-anak kita tidak didedahkan dengan ujudnya jawatan seperti boilerman, chargeman, jurukimpal dan sebagainya. Sebenarnya, ini adalah antara pekerjaan hebat dalam dunia kemahiran. Ia jawatan profesional yang mampu menawarkan gaji lebih baik dari eksekutif perakaunan yang memakai baju kemeja berkolar.

Sayang - kita tidak mendedahkannya. Kita tidak mengagungkannya. Kita tidak mengesyorkannya. Kita hanya beranggapan - kejayaan akademik itulah kejayaan manusia. Aku tidak cuba untuk memperkecilkan sesiapa. Aku hanya bercerita hal realiti.

Hasilnya - anak-anak kita yang lulus secukup makan di sekolah - yang gagal ke universiti, cenderung untuk menjadi operator kilang tanpa kelulusan yang cukup. Mereka lebih ghairah untuk menjadi pelayan supermarket yang seksi dan bergetah. Adalah lebih baik kalau mereka masuk dahulu institusi kemahiran ini. Setidak-tidaknya mereka ada sesuatu.

Aku - turun naik dan keluar masuk universiti. Hakikatnya - aku tidak ada apa-apa pun lagi. Aku cuma ada sebuah blog - itu pun percuma.

4 comments:

ihsan_huhu said...

tuh r anak tokey mekanik honda kat jb hantar anak dia blajar jadik specialist servis honda.

skali servis at least rm1K tuh

Umma-ali said...

aslm, hadith untuk renungan...
Dari Abu Hurairah ra berkata bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
'Sesiapa yg mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas org lain, untuk menjadi kaya, atau untuk mendapat nama-wpun dgn cara yg halal-dia akan bertemu Allah swt dlm keadaan Allah swt akan sgt murka terhadapnya.Dan sesiapa yg mencari dunia dgn cara yg halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta2 kpd org lain, untuk mencari rezqi kpd ahli keluarga, dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kpd jiran tetangga, maka pada hari kiamat dia akan bertemu Allah swt dlm keadaan wajahnya bercahaya spt bulan purnama. (HR Baihaqi)
Jadi kenapa perlu kita pulun habis2an untuk dunia ini...
Wallahualam.

Abang Ben said...

setiap manusia ada benchmark kejayaan masing2.

Tapi kejayaan HAKIKI yang Allah s.w.t. nak dari kita manusia ialah dapat masuk syurga iaitu dengan bawa iman dan amal yang sempurna.

ibnu dinar said...

kejayaan manusia hanya dlm agama.. tp betul pandangan lu bro, gua ni jurukimpal je... ramai orang melayu yang kutuk2 gua lg yg tua2, tapi ALLAH telah bagi gua senang dgn kerja mcm ni.. kerja hanya 4-5 bln je, insyaAllah dah cukup makan setahun... boleh ada keperluan mcm orang2 lain gak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails