Yang Ikut

Sunday, 21 February 2010

Ini bukan cerita hantu air

Reactions: 
Tidak ada topik untuk ditulis. Jadi aku masukkan keajaiban Whispering Wall. Ia keajaiban secara tidak sengaja yang melengkapkan hukum fizik dan gelombang bunyi. Dinding ini merupakan tembok empangan bagi bekalan air. Seperti Empangan Pedu.


Keajaiban istimewa tembok ini ialah anda boleh membisik atau bercakap di hujung tembok, dan orang lain boleh mendengar suara anda di hujungnya. Jadi anda tidak perlu menggunakan handphone untuk berbual dengan rakan anda di hujung sana.

Tembok ini agak panjang. Mungkin 300 ke 400 meter. Aku malas menggoogle spesifikasinya.


Inilah yang menjadikan empangan ini unik. Ia bukan bisikan hantu air seperti yang didongengkan oleh orang tua kita. Di sini keanehan ini diceritakan berdasarkan hukum sains. Jadi, senang untuk kita membuka minda anak-anak kita. Tidak perlu mengarut yang bukan-bukan.

2 comments:

ihsan_huhu said...

whispering wall, jgn keliru dgn wailing wall plak

zarzh said...

Wah menarik,thanks for sharing...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails