Yang Ikut

Thursday, 25 February 2010

Pesan untuk gadis sunti

Reactions: 
Nasi lemak, buah bidara
sayang selasih, hamba lurutkan
Buang emak, buang saudara,
kerana kasih, hamba turutkan.


Entah siapa yang mencipta pantun lama itu. Tetapi cerita di dalamnya abadi sepanjang zaman. Kerana cinta, orang menjadi tidak rasional. Orang menjadi asyik dan hilang punca. Sekalipun orang tahu bahawa ibu dan bapa mereka itulah yang menjaga mereka, membesar dan mendidik dengan penuh kepayahan, kekasih nampaknya lebih diutamakan.

Sejak beberapa tahun terakhir ini, kita selalu mendengar berita ada anak gadis yang dilarikan teman lelaki. Mereka hilang berbulan-bulan untuk bersama berenang di lautan api. Mereka kemudiannya ditemui di Lombok. Mereka kemudiannya ada di Jakarta. Ada yang sampai ke Dhaka.

Setelah mereka mula membuntingkan bayi, atau merasa begitu tersiksa hidup di perantauan, akhirnya mereka pulang. Akhirnya mereka tahu, bahawa cerita cinta teman lelaki hanyalah dongeng. Cerita cinta hanyalah khayalan. Ia fatamorgana yang hanya wujud dalam drama.

Hakikat hidup sebenarnya bukan begitu. Ia tidak indah. Ia tidak mudah.

Cerita-cerita kehilangan anak gadis kita - adalah cerita kegagalan mereka mentafsir makna cinta. Mereka terpesona dengan 'dagang yang lalu'. Mereka membeli cinta yang dijual lelaki asing yang mereka jumpa di jalanan. Ia kisah mengharukan. Sesuatu perlu diketahui - dengan membeli cinta di tepi jalan, kisah mereka juga akan berakhir di tepi jalan. Teman lelaki itu kemudiannya akan menjajakan cinta baru dengan orang baru.

Pesan untuk semua gadis sunti - jangan mudah membeli cinta dengan lelaki asing. Mereka bukan anak raja atau orang yang punya. Kalau mereka orang senang, mereka tidak bakal berkerja buruh atau ladang. Mereka juga mungkin suami kepada orang lain di tanah air mereka. Mereka hanya burung yang singgah sambil mencari makan. Tidak perlulah anda menyiapkan sarang cinta untuk mereka.

Mereka hanya inginkan cinta anda untuk 'satu' perkara itu sahaja. Setelah mendapatkannya, mereka akan meninggalkan anda. Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita bohong.

Cinta hanyalah cerita dalam televisyen. Tidak perlulah anda mengorbankan segala-galanya. Tidak perlulah membuang emak buang saudara. Kerana akhirnya, di situlah juga tempatnya untuk anda menceriakan segala dukalara.

Untuk semua yang sedang dilamun cinta lelaki pendatang, aku ciptakan pantun yang baru:

jangan tertipu, asyiknya cinta
seperti kuang, bernada songsang,
habis madu, hilanglah mahkota
sepah dibuang, tiada dipandang

4 comments:

Othman Juliana said...

aiseh, tgk tajuk ingt nk bg tips gadis sunti (mcm sy!! haha) nk cari partner pegang2 tgn!! haha~

anyway, syg sbb yg dibawa lari semuanya bdk lg! zaman sy sekolah dlu, nk keluar ke CM pun kena bertemankan family!

Othman Juliana said...

oh ya, partner pegang tangan di atas bermaksud, pasangan halal sebab yang itu sahaja alasan untuk pegang tangan. Harap maklum (-_^)

FakirFikir said...

To Juliana - nasib baik. Kang banyak pula bangla datang offer.

To Swimming Pool aka Swinging Bowl - hang pendatang kaya. Tak termasuk dalam kategori tu

FakirFikir said...

Comment asal yang telah dipadamkan sebahagian kandungannya.

mangkuk statik said...

Kau memang lelaki yg bangsat!
Kau telah membuatkan aku rasa terhina dalam dua perkara!!!

PERTAMA: Terhina dengan kekurangan diri aku untuk mencipta karya mcam nih. Sial lah lu!!Tunjuk terer plak!

Pantun terakhir tuh mmg kaw! (kuang tu aper bro?)

KEDUA: kau menidakkan keluhuran cinta lelaki pendatang.
Tidakkah kau sedar akan impian dan harapan masa depan aku untuk kawin ngan minah salleh Australia yg cun, blonde (DELETED)?
Jadi siapakah dikau untuk mengjatuhkan hukuman bahawasanya cinta aku, (selaku seorg pendatang ke bumi australia), adalh cinta yg palsu. (DELETED)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails