Yang Ikut

Tuesday, 23 February 2010

Anak sendiri mati tak kerja!

Reactions: 
Menjadi isu kini ialah apabila warga asing banyak menguasai ekonomi kita. Warga asing dari Indonesia menguasai perniagaan runcit dan bahan mentah di Chow Kit. Orang kulit hitam dari Afrika memenuhi perniagaan kulit dan tali pinggang di Lorong Haji Taib. Orang Bangladesh pula menjadi buruh kilang dan kebun kelapa sawit. Pendatang dari Siam membuka kedai makan di setiap lorong di bandar besar.

Apa maknanya semua ini. Alasan paling mudah - orang kita malas. Alasan paling senang - orang kita memilih kerja. Alasan yang selalu diungkap keluar - bangsa kita ingin hidup bersenang lenang.

Sebenarnya bukan. Orang kita rajin. Tetapi sistem kita mengimpot terlalu banyak pendatang asing tanpa kelayakan. Mereka yang masuk ini tidak ada kelayakan. Mereka hidup susah di negara sendiri. Jadi apabila berpeluang ke tempat orang, mereka kerja apa sahaja. Mereka tidak kisah. Di negara sendiri mereka bertarung untuk hidup dan mati, apalah sangat untuk berkerja sebagai penjual ikan di pasar Chow Kit. Apalah sangat untuk berkerja di ladang.

Akhirnya mereka ini bersaing dengan orang kita. Akhirnya mereka ini menjadikan kadar pengangguran di negara kita sangat tinggi.

Para peniaga dan tauke pula sangat suka dengan kumpulan pendatang ini. Tidak perlu rumus ekonomi. Semuanya ingin memaksima keuntungan. Pendatang yang susah dan tidak berkelayakan ini sanggup dibayar berapa sahaja. Yang penting mereka ada kerja dan makan.

Akhirnya - ini menjadikan orang kita terpaksa bersaing dengan mereka. Kalau kita tidak mahu dibayar gaji murah, mereka akan ambil orang asing. Jadi, taraf anak-anak kita sudah sama dengan mereka.

Sebab itu - sekarang ini terdapat satu pekerjaan baru - kerja membawa masuk pendatang asing. Ini tidak berlaku zaman dahulu. Sekarang ini ejen-ejen ini berselerakan. Mereka pandai dalam semua hal berkaitan birokrasi. Mereka tahu cara mempercepatkan proses. Bisnis mereka ialah menyediakan manusia.

Semua ini adalah kelemahan sistem kita. Kita tidak meletakkan asas yang patut dalam soal kemasukan pendatang asing. Bayangkan kalau yang masuk ini berkelulusan doktor perubatan, mahukah mereka berkerja menjual ikan di Chow Kit. Dalam seratus mungkin seorang.

Tetapi kita ada kelonggaran dalam hal ini. Kita tidak menyaring. Kita benarkan orang masuk dahulu, kemudian baru kita cuba halau kalau ada yang tidak betul. Sepatutnya kita hanya benarkan mereka yang pandai masuk. Jangan biarkan mereka yang tidak ada kelayakan masuk. Kita selalu berkata kita sedang menjadi negara maju. Kalau maju, kita tidak boleh biarkan mereka yang tidak ada kualiti masuk.

Kita boleh kenakan syarat. Misalnya hanya yang ada diploma boleh kerja pembantu rumah atau berkerja di ladang. Kita jangan takut kenakan syarat. Ini negara kita. Kita boleh buat syarat. Mereka yang masuk ini pula perlu lulus bahasa Melayu dahulu. Seperti syarat IELTS untuk berkerja di negeri orang putih. Mereka juga perlu lulus ujian kesihatan yang sangat ketat. Kalau ujian ini sudah dilakukan di negara mereka, di negara kita di pintu masuk mereka perlu lulus lagi sekali. Sebab di negara sedang membangun ini - banyak rasuah berlaku. Mereka boleh dapatkan sijil kesihatan dengan membayar. Ia mudah.

Dengan syarat yang ketat dan manusia yang berkualiti, kita dapat kurangkan risiko - yang datang ke negara kita ialah mereka yang tidak diperlukan di negara sendiri. Kita juga boleh mengurangkan potensi para penjahat yang tidak beradab yang masuk.

Selagi kumpulan pekerja asing ini melimpah di negara kita - selagi itulah ada permintaan untuk mereka. Selagi itulah kita membiarkan anak bangsa kita kesempitan.

Jangan jadi - 'dagang lalu dijamu makan, anak sendiri mengikat perut. Kaum pendatang kita gajikan, bangsa sendiri mati terjerut'.

1 comment:

ihsan_huhu said...

btol2.kenekan syarat yg ketat2 mcm oz nih r

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails