Yang Ikut

Monday, 1 February 2010

Globalisasi - mesin kisar pekerja

Reactions: 
Aku sedang menulis - The impact of globalisation on employees' health and job satisfaction: Malaysia experience. Sampai sekarang tidak menjadi lagi. Jadi, aku harap, lebih baik aku tulis dalam blog sahaja. Pasti lebih mudah.

Globalisasi - apa bendanya. Kita mungkin tidak tahu sangat makna globalisasi. Tetapi, kita sedang menelan sedikit demi sedikit musibahnya. AFTA sebahagian daripadanya. Tetapi, itu bukan hal aku. Aku cuma fokus manusia berkerja.

Setiap hari - bila kita berkerja, dari satu hari ke satu hari - akan ada sahaja sistem prestasi baru. 10 tahun dahulu, kita tidak dengar apa itu KPI, sekarang ini setiap orang mahu ujudkan KPI. Ia seolah-olah beranggapan manusia ini haiwan yang perlu dikawal setiap saat. Dahulu tidak ada Just in time, sekarang ini kerjalah di mana kilang sekalipun, setiap saat jam berdetik adalah untung. Dahulu tidak ada ISO - sekarang ini entah sudah versi berapa ribu. Setiap perkara mahu diatur. Bahkan, kebebasan berfikir ahli akademik pun sudah dirantai oleh banyak sangat prosedur sistem prestasi baru.

Inilah globalisasi. Ia hukum baru ciptaan manusia. Semua label sistem prestasi itu - hakikatnya belum tentu bagi memastikan prestasi manusia. Ia kadang-kadang hanya mahu digunakan untuk tujuan penjenamaan dan pemasaran. Biar orang merasa kagum dengan organisasi. Biar orang tahu kita setaraf syarikat besar dunia.

Apa bahayanya? Bahayanya kerja menjadi semakin banyak. Semua perlu lebih cepat. Orang terpaksa berkerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Cuti hanya perlu tatkala anda hampir nazak.Semua inginkan untung. Sebab itu, ada syarikat milik kerajaan perlu diswastakan. Syarikat dari luar pula akan berpindah randah dari satu negara ke satu negara. Yang utama dalam hukum globalisasi ini ialah siapa kuat dia berkuasa, siapa lemah sila gali kubur sendiri. Hukum ini sudah ada di mana-mana.

Pekerja tidak dipedulikan. Kesatuan sekerja tidak dianggap perlu. Syarikat boleh menutup operasi pada bila-bila masa - bergantung sejauh mana mereka membuat untung. Tidak ada yang ambil peduli kalau pekerja perlu dibuang - kalau itu boleh menambah untung. Siapa tidak ambil tahu kalau ada yang sakit jiwa - itu boleh dihantar ke Tanjung Rambutan.

Sebab itu - globalisasi dianggap "Throwing away workers". Jadi - jangan merungut. Teruskan berkerja sampai anda perlu merangkak sekalipun.

Ada penggali kubur sedang menanti mayat anda.

1 comment:

alien said...

seperti dialog dalam filem P ramlee..
"selagi belum tutup mata.. kerja, kerja, kerja.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails