Yang Ikut

Tuesday, 9 February 2010

Anda pernah gagal?

Reactions: 
Kegagalan selalu dianggap sesuatu yang mengecewakan. Hal yang mengecewakan biasanya berkait dengan kegagalan.

Dalam hidup kita, berapa kali kita gagal? Cuba kita hitung sebaik mungkin kerana kita mungkin sudah melupainya.

Berapa kali kita putus cinta. Mungkin sekali, atau berkali-kali.

Berapa kali kita gagal temuduga kerja. Banyak lagi permohonan kita yang langsung tidak dibaca.

Kita juga mungkin kecewa kerana gagal peperiksaan. Kita cemerlang setiap kali ujian penggal, tetapi kita gagal peperiksaan sebenar.

Kita juga mungkin pernah berpengalaman gagal mendapatkan projek - tetapi kertas cadangan kita pula dengan jayanya dicuri orang.

Tidak susah juga untuk kita gagal memikat hati keluarga mertua - apabila kita tidak dapat mengatur hidup mengikut selera mereka.

Kita juga mungkin selalu gagal mendapat apa yang kita hajatkan - mendapat calon suami atau isteri yang kita idamkan, sebaliknya mendapat orang lain yang tidak pernah kita bayangkan.

Kalau kita senaraikan - setiap hari tentu sahaja akan ada kegagalan yang kita lakukan. Paling tidak, kita gagal kyusuk dalam solat. Lebih teruk, kita tidak sempat bersolat kerana sibuk dengan banyak hal dunia.

Jadi - apa kena mengena kegagalan ini dengan hidup manusia. Kegagalan itu sebahagian dari hidup kita. Kegagalan itulah yang menghidupkan kita. Kegagalan itulah yang menjadi teman kita setiap hari. Ia adalah milik setiap orang.

Ada yang masih kita ingati, ada yang sudah kita lupakan. Tetapi, lambat laun akan ada kegagalan baru yang sedang menanti kita. Kita bukan sempurna. Kalaupun kita mampu merancang dengan baik - tetapi perancang sebenar tetap Tuhan yang berada di atas segala-galanya.

3 comments:

ihsan_huhu said...

kira pulak berapa byk kejayaan.

jgn byk komplen sgt kat fb tuh

Othman Juliana said...

bro, mcm tahu2 saje. sy tgh give up ni-ahhhhh,.... rasa useless gile! betapa kerdilnya sy sbg hambaNya yang rasa dah tak kuat dah spt mana dulu~ isk, isk,...

Anonymous said...

begitulah hidup ni yang macam roda..sat ataih sat bawah..yang dok ataih akan mai bawah jugak..yang bawah pun kalau kena gaya leh naik ataih gak..am I right Mr. Fakir..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails