Yang Ikut

Tuesday, 9 February 2010

Melayu dan buang

Reactions: 
Ketika aku kecil - emak aku selalu bercerita betapa orang tua di kampung kami - yang walaupun siang dan malam bertutur dalam bahasa Siam, tetapi tidak berpuas hati apabila nama Tanah Melayu ditukarkan kepada Malaysia.

Kerana orang tua di kampung kami bertutur dalam bahasa Siam - maka sedikit sebanyak pengaruh bahasa itu telah mempengaruhi cara mereka berfikir. Malaysia membawa konotasi tidak baik dalam bahasa Siam - Malay (Melayu) dan Sia (Buang). Maksudnya, dari pemahaman bahasa - nama itu bakal membuang Melayu.

Semasa aku kecil dahulu - cerita emak ini mungkinlah tidak ada apa sangat untuk aku. Cuma bila dewasa, aku melihat apa yang disiratkan oleh orang tua dulu kala ada benarnya. Memanglah benar banyak dari orang tua ini bertutur dalam bahasa Siam - tetapi hakikatnya di kampung aku banyak orang alim waktu itu.

Sekarang ini - melihat kejadian yang menimpa orang Melayu satu demi satu - kita terasa yang kita pula perlu berjuang begitu teruk untuk mendapatkan sesuatu di tanah air sendiri. Biasanya, yang perlu berjuang teruk ialah orang lain.

Kita berjuang sangat teruk untuk memulangkan bahasa Melayu pada kedudukan yang betul.

Kita berjuang sangat teruk memberikan justifikasi kepada orang lain mengapa orang Melayu perlu diberikan keutamaan untuk mendapatkan biasiswa.

Kita berjuang sangat teruk untuk menjadikan kita orang yang pandai berniaga dan menguasai sektor ekonomi bandar.

Sebenarnya banyak lagi. Kita terpaksa berjuang kerana banyak dari perkara itu telah 'sia' - terbuang dan hilang.

Banyak kesilapan kita ialah kerana kita tidak bijak dalam banyak hal. Baru-baru ini kita kononnya membuat terkejut apabila mendengar berita 40,000 pelancong India yang masuk ke negara ini 'hilang' dan tidak dapat dikesan. Tentu, bukan sahaja orang India. Pendatang lain juga tentunya berbuat demikian.

Kalau hilang - ke mana mereka menyusup? Berkerja di kedai mamak atau berkerja di ladang. Atau mereka ada saudara mara di negara kita. Kita tidak tahu.

Sebenarnya mereka ini boleh kerja apa sahaja dan pergi ke kawasan luar. Di Sungai Kerang, ketika memancing di tengah kuala sungai - aku selalu melihat pekerja dari India ini menaiki tongkang untuk ke satu pulau. Kata orang, kerja mereka ini memanjat pokok kelapa. Katakanlah mereka ini tidak ada visa, siapa yang akan menyiasat mereka di tengah pulau terpencil seperti itu.

Dasar imigresen kita yang tidak ketat, dan tidak memenuhi kehendak zaman menyebabkan kita kita semakin tenggelam dalam dunia orang lain.

Di negara lain - yang dibenarkan masuk ialah orang yang bijak - yang ada kelulusan. Bijak pun ditapis lagi. Doktor lulusan negara lain misalnya, perlu lulus peperiksaan khas lain di Australia sebelum boleh berkerja. Yang masuk itu pula tergantung bidang - yakni bidang kritikal. Dan mereka ini pula ialah antara orang terbaik di negara asal mereka.

Maksudnya, mereka ini masuk bukan sekadar mencari wang, tetapi membuat wang dan menjana ekonomi. Kita lain. Kita mengimport orang susah, tidak pandai, dan memang tidak diperlukan di negara mereka pun. Sebab itu, sekarang ini kita sudah jadi huru hara dengan jenayah dan masalah sosial lain. Dapat orang gaji - sebulan dua mereka lari dan menculik anak. Dapat pekerja ladang - beberapa bulan kemudian, dia melarikan anak dara kita.

Kerana ingin sangat mempromosi pendidikan tinggi - kita mempermudahkan kemasukan pelajar dari China, Bangladesh, Arab dan banyak tempat lagi. Bukan semua yang masuk ini pelajar tulen. Ada yang sekadar untuk mendapatkan visa. Kemudiannya seminggu dua belajar mereka hilang. Kerana mereka bukan mahu belajar - mereka mahu berkerja. Kalau mereka mahu belajar - mereka akan ke UK atau Amerika.

Semua ini adalah cabaran baru untuk kita. Cabaran inilah yang sedang perlahan-perlahan, kalau tidak ditangani dengan akal yang cerdas, akan mensia-siakan bangsa ini, bangsa kita.

3 comments:

Abang Ben said...

oits... meh la balik. TERJUN dalam Malaysia. Apahal pandang dari jauh je heheh...

ziarah76 said...

ini lah cabaran yg menghambat kita.

ihsan_huhu said...

apsal la aku xdek sedare mare kat sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails