Yang Ikut

Friday, 25 June 2010

Ada apa denganmu Ariel?

Reactions: 
Jumaat petang. Cuaca sejuk. Gelap awal. Siang lambat. Cuaca yang tidak memberikan motivasi. Itali kalah bola. Juara dunia tersungkur. Peranchis pulang awal. England nyaris tumbang. Siapa lagi yang bakal tinggal.

Aku gagahkan diri. Membuka komputer. Menaip artikel baru. Harapnya menjadi. Aku menaip dengan kelajuan maksimum. Sejak 5.15 petang tadi aku mula menaip. Sudah ada 757 patah perkataan. Aku harap dalam masa 3 hari ini, aku siapkan juga 10,000 patah perkataan. Jangan bimbang. Angan-anganku selalu tidak menjadi. Seperti angan-angan ingin berjumpa dengan Siti. Siti yang mana?

Ariel Peter Pan sudah ditahan polis. Gara-gara merakamkan aksi lucah dengan Luna Maya. Siapa Luna Maya? Aku tidak tahu. Aku tahu Ariel. Ini penyanyi kesukaan aku di Jakarta dulu. Lagu popularnya - Ada Apa Denganmu selalu berkumandang di Bandara (bandar udara) Sokarno Hatta. Kini orang mula bertanya - ada apa denganmu Ariel?

Ariel kelihatannya seperti tidak bermoral. Itu kata orang. Adakah ini bermakna kita orang baik?

Belum tentu lagi. Orang lain buruk, belum tentu membuktikan kita baik. Seperti melihat orang lain baik, belum juga tentu kita buruk. Ia perbandingan tidak setara. Kita seperti kita juga. Tidak bakal berubah sama ada orang lain itu baik atau buruk.

Itali kalah bola. Tidak semestinya pasukan Malaysia hebat bolasepak.

Ohh. Aku terlupa sesuatu. Esok hari jadi aku. Selamat hari jadi untuk aku yang ke-30 an. Masih muda kalau dibandingkan dengan orang yang lahir sebelum aku.

3 comments:

Org Hull said...

Salam..selamat Ulangtahun kelahiran yg ke 30-an..semoga panjang umur & murah rezeki. Ameen.

ainishamsi said...

'Itali kalah bola. Tidak semestinya pasukan Malaysia hebat bolasepak.'

suka statement ni. huhu


Selamat ulangtahun Abang Awang! Bila boleh ajak makan2 lagi?

p/s: kirim salam pada kak aishah. luqman dah berapa tahun skrg? 4?

Othman Juliana said...

dah 01:22hrs-26hb June 2010 waktu Malaysia. Selamat Hari Jadi FF. 30-an? Tapi, aku sure ko tua dari aku~ ngeh3x (dengan penuh confident!).

**oh, bukan depa panggil Ariel PeterP**n ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails