Yang Ikut

Tuesday, 22 June 2010

Siapa yang cadangkan semua ini

Reactions: 
Cakap-cakap memindahkan bangunan Parlimen sedia ada ke tapak baru dengan belanja 800 juta ringgit tentulah sesuatu yang mengejutkan juga. Cakap-cakap ini muncul tatkala kita juga sedang diingatkan agar berbelanja lebih berhemah dan jangan banyak berboros.

Suara cadangan ini muncul pada masa kita sedang diberitahu bahawa negara akan muflis sekiranya subsidi terus dikekalkan. Proposal pembinaan bangunan Parlimen baru ini muncul setelah kita juga sedang dibisingkan dengan ura-ura pengenalan GST.

Cadangan siapakah sebenarnya semua ini? Seperti mana kita tidak tahu siapa yang mencadangkan agar diujudkan kouta 60:40 untuk pembangunan di Kampung Baru. Seperti mana juga ada orang yang bersuara bahawa Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang bernilai sejarah. Semua ini membingungkan untuk kita rakyat jelata yang tidak arif dan sangat naif dalam hal pentadbiran negara.

Kalau orang bertanya - mana yang lebih utama, akan aku beritahu: 'membuka segala ruang demokrasi yang ada tentulah lebih besar maknanya dari membina sebuah bangunan Parlimen yang baru'.

1 comment:

Othman Juliana said...

'Mereka-mereka' sedang mengambil langkah pro-aktif untuk diri mereka sendiri sebelum Msia bankrupt! Buat projek billion2, separuh masuk poket sendiri. Msia bankrupt? Peduli apa, janji mereka kaya & ada aset berguni2 di oversea. Istana baru yang anggaran RM400m tapi sekarang dah jadi lebih dua kali ganda. Belum lagi salah satu kontraktor yang dapat projek di istana tu adalah kontraktor yang sama buat stadium runtuh di gong badak. Perlu di-highlight: projek istana tidak dibuat tender terbuka. Jadi apa maknya ini semua? Kita pun faham bukan.

**semalam dalam berita jam 20:00hrs, depa dok interview orang ramai pasal penjara pudu nak dimusnahkan. Bestnya HANYA mereka yang support pada langkah itu sahaja yang dikeluarkan pendapat di tv. Oh, yang cakap tak patut, even expat yang depa dok interview pun tak keluar (sbb expat tu kata gomen patut jaga bgnn bersejarah camtu). Mana tahu? Berita petang keluar, tapi petang tak ramai yang tengok berita kan sbb orang br nak balik keje.

ops, sori FF-terpanjang pula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails