Yang Ikut

Wednesday, 2 June 2010

Penyakit makan yang pelik

Reactions: 
Anda tentu telah membaca berita kanak-kanak di Kedah yang dilaporkan suka memakan batu.

Adakah ini hal yang pelik?

Ya, ia hal yang pelik. Tetapi simptom ini bukanlah sesuatu yang pelik. Di seluruh dunia, adalah dilaporkan bahawa ada manusia yang memakan kaca, batu, kapur atau apa sahaja yang dikategorikan sebagai bukan makanan.
Selain kanak-kanak, ibu yang mengandung juga banyak yang suka dengan tingkahlaku pelik ini.

Istilah bagi kelakuan memakan yang ganjil ini dinamakan Pica, atau didefinisikan "the desire to ingest bizarre items such as chalk, sand, insects, clay, slate, and so forth".

Banyak lagi penyakit abnormal lain yang dikategorikan sebagai pica, termasuklah autophreiophagia (memakan batang mancis), tricophagia (memakan rambut) dan lithophagia (memakan batu).

Kanak-kanak tadi mungkin dikategorikan sebagai lithophagia.

Bagi sesetengah budaya tertentu, gejala 'pica' ini terkait dengan kepercayaan atau anasir budaya.

Siapakah yang patut merawat mereka ini? Biasanya ini adalah pekerjaan ahli psikologi. Ia melibatkan penyakit tingkahlaku. Ia kelakuan pelik yang perlu diubah.

******************

It tasted like chocolate, says girl who ate stones

By EMBUN MAJID
embun@thestar.com.my

SUNGAI PETANI: “It tasted like chocolate, that was why I ate them,” said Year Four I. Yogeswary who was admitted to the Sultan Abdul Halim Hospital here with her two younger sisters and a cousin for eating stones.

The girls were hospitalised after they vomited and suffered stomach pains for eating stones collected from the compound of their house in Kampung Padang Lembu, some 20km from here.

5 comments:

mala said...

memang pelik pun. kalau kes yang keluaq benang, batu jernih dari mata & jari kaki tu kes apa pulak?

FakirFikir said...

Mala - yang itu bukan kategori tingkahlaku. Itu bidang perubatan.

ajaq said...

kengingatkan aku pada sekitar tahun 1973, kami ke sekolah berjalan kaki. Setiap kali kami lalu di selekoh jalan yang ini, budak perempuan ini akan berhenti,tunduk mengaut pasir dengan tangan kirinya dan terus masuk kedalam mulut dan terus memakannya, tapi dia tak kunyah pun teru menelan aje.

dah lama aku jumpa perbuat pelik ini jadi dah jadi pelik..

ajaq said...

dan pernah satu hari aku dan beberapa kawan lain mencuba pula...aku ambil segengam pasir tadi, bila aku rasa banyak sangat dalam tapak tangan, aku buang sikit. Lalu aku masuk dalam mulut, aku kumam2 lalu aku terus telan....dengan mata yang terkedip2 .pas tu aku dan kawan yang lain terus ketawa ,,,,,,,kahkahkahakah

tak ade rasa ape pun....
cuma mungkin rasa kasar pasir tadi menyeronohkan..mungkin lidahnya gatal......budak perempuan tadi memakannya.

aku pernah tanya tapi dia tersenyum tak pernah menjawab...kenapa

ismadiyusuf said...

pelik lagi bila orang makan rasuah...hari-hari..mintalah kita dijauhkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails