Yang Ikut

Tuesday, 29 June 2010

Berita pagi

Reactions: 
Lusa aku akan berangkat ke Darwin. Untuk menjimatkan kos kapalterbang, aku ikut trip panjang. Adelaide --> Melbourne --> Darwin. Bermalam sehari di Melbourne.

Apa ada di Darwin? Aku tidak begitu tahu. Yang aku diberitahu, jangan mandi laut di Darwin. Itu tempat buaya air masin. Pasti tiada salji di sana. Cuacanya mirip Malaysia. Di mana aku menginap. Belum tahu lagi. Nanti sampai, aku fikir. Tempat menginap tentu banyak. Yang tidak banyak hanya duit.

10 haribulan, aku berangkat balik ke Melbourne. Apa ada di Melbourne? Banyak. Orang Melayu pun banyak. Kawan-kawan pun mungkin banyak. Kedai makan pun banyak.

Tapi - sekarang ini musim salji. Jadi, inilah waktunya aku hendak berfoya-foya. Isteri, anak dan beberapa orang lain akan ke Melbourne ikut jalan darat pada 10 hb itu. Ikut rencananya akan ke Mount Buller selama dua hari. Balik ikut jalan kesukaan yang meletihkan, Great Ocean Road.

Kalau ada masa, nanti aku update berita seputar Darwin, Melbourne, Mount Buller dan Great Ocean Road.

3 comments:

Abang Ben said...

Selamat pergi dan sampai bro. Aku homesick kat Adelaide ni!

FakirFikir said...

Mana hang? Boleh la mai makan rumah aku.

mala said...

kami dah sampai Darwin.. ada apa kat sana? ramai Aborigines .. kalau dpt pi lagi kan best :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails