Yang Ikut

Thursday, 13 May 2010

Siri Kempen Benci Dadah - I

Reactions: 
Ini adalah siri 1: Kempen benci dadah

Setiap hari pasti ada berita mengenai gejala menghisap dadah di Malaysia. Mengapa anak muda kita menghisap dadah? Ini soalan yang mungkin jarang ada di benak kita.

Soalan yang selalu ada ialah cerita mengenai budak-budak dadah meragut atau menyamun. Mereka melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Semuanya untuk mendapatkan dadah.

Lama dahulu, aku telah kisahkan hal benar mengenai dadah. Baca di sini dan di sini.

Pada pandangan aku - ada beberapa hal yang tidak kena. Salah satunya pemikiran orang kita masih mundur. Kita masih gagal menapis yang baik dan yang buruk. Kita juga mungkin mudah terpesona dengan budaya keseronokan - hidup hanya ingin bersuka ria. Mungkin juga kita tidak melihat masa depan. Sepatutnya budaya keseronokan ini ialah budaya orang Thai, dan bukan budaya kita. Ini diistilahkan sebagai "Khwam sanuk" - ingin berseronok. Ia adalah personaliti orang Thai. Ia tercatat dalam buku.

Tidak tahulah sama ada orang Melayu berjangkit sama dengan budaya 'khwam sanuk' ini.

Keduanya - aku melihat ini juga sebahagian proses melemahkan orang Islam. Logik akal aku melihat - banyak yang menjadi pengedar ialah orang lain, tetapi yang menghisapnya ialah orang kita. Anak-anak Melayu yang banyak menjadi penagih. Anak-anak Melayu ini semasa kecilnya belajar agama di masjid, dan hanya beberapa tahun setelah itu - setelah bergelar remaja - mula menagih dadah. Mengapa? Siapa yang mempromosikannya.

Ketiganya - adakah itu memang personaliti kita? Personaliti mudah terima apa sahaja yang dikatakan sedap. Orang Melayu tidak makan babi. Kita juga jijik dengan arak. Tetapi orang Melayu tidak kisah dengan dadah. Sebab ia bukan babi. Atau mungkin silibus pengajian agama kita hanya menekankan hal yang berkisar dengan najis babi dan anjing, tetapi jarang membuka kisah orang ketagihan candu.

Nanti kita akan cuba telesuri hal penagihan dadah. Kita cuba bincang personaliti orang Melayu. Mungkin juga kita boleh telesuri sejarah dadah di Malaysia. Aku akan cuba menggogle siapakah manusia Melayu pertama yang menghisap dadah. Itupun kalau ada. Kita juga cuba hubungkait sedikit dengan dunia Islam.

Itulah rancangan bagi siri tulisan ini.

NOTA

Sesiapa yang ada saudara mara yang menghisap dadah, atau diri pernah menghisap atau ingin berkongsi cerita berkaitan hal ini boleh email ke fakirfikir@gmail.com. Mungkin ia boleh membantu kita menganalisis apa puncanya semua ini.

4 comments:

atoi said...

asalamualaikum

satu topik ug amat menarik untuk dibincangkan. Mudah-mudahan dapat memberi manafaat pada para pembaca.

ziarah76 said...

ada atau tidak cara psaikologi utk tanam rasa benci kpd dadah di kalangan orang Melayu?
kalau ada caranya boleh bagitau..

ihsan_huhu said...

org2 oz juga mengamalkan budak khwam sanuk ni.

sampai ambulans pon dah menyampah.

FakirFikir said...

Ziarah76 - nanti kita cuba cari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails