Yang Ikut

Monday, 10 May 2010

Aku malas untuk menulis

Reactions: 
Ini post aku yang ke-461. Nampaknya banyak yang sudah ditulis sepanjang 2 tahun ini.

Sejak akhir-akhir ini aku semakin bosan untuk menulis. Aku malas untuk menulis. Dunia tidak sedikit pun berubah dengan tulisan aku.

Aku juga tidak tahu apa lagi yang harus aku tulis. Mungkin aku perlu berehat sekejap.

Aku terasa ingin menulis jurnal pula. Banyak kritikan betapa dunia akademik kita tidak berminat untuk menulis. Jadi aku cuba untuk tidak termasuk dalam dunia akademik yang dikritik itu. Pada masa depan mungkin aku perlu tulis sebuah buku - Work Psychology. Aku memang ada cita-cita untuk itu. Tunggulah aku habis PhD dulu.

Sekarang ini pun - aku masih tidak produktif. Memang aku ada tulis jurnal. Tapi cuma ada satu yang terbit. Satu lagi dalam proses akhir pembetulan. Insyaallah, akan masuk. Satu lagi belum lagi ada maklumbalas.

Kalau aku kurang update blog selepas ini, itu tandanya aku kian malas. Malas dan bosan.

3 comments:

atoi said...

salam.

teruskan menulis untuk diri sendiri. Apa ada pada dunia di luar sana...

mangkuk statik said...

Aku pula malas nak mengomen.
Sebab aku tau lepas ni kau konfirm akan apdet 3 kali sehari.
Aku tau kau seorang yg gatal.
Nanti kau akan gatal sebab tak menulis.
Aku tau. Sebab aku pon gatal gak.

ismadiyusuf said...

tulis tujuan macamana aku dapat amal apa yang aku tuliskan...kecewa dan bosan akan menghilang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails