Yang Ikut

Sunday, 30 May 2010

Ini sebahagian berita

Reactions: 
Tengahari tadi ke Women and Children Hospital (WCH). Kami mendengar khabar bahawa ada seorang remaja dari Malaysia akan melakukan pembedahan di situ.

Diringkaskan cerita, kami bersama beberapa orang anak Malaysia lain ke WCH untuk bertanya khabar mengenai pesakit tersebut. Remaja itu mengalami masalah seperti Siti Muslihah - kalau anda masih ingat lagi remaja yang mengalami kecacatan di muka sekitar tahun 1990-an dulu. Remaja ini dari Pulau Pinang. Bersama remaja itu ialah ibu dan kakaknya.

Sepanjang lawatan kami, kami berpeluang untuk berborak panjang dengan ibu kepada remaja tersebut. Ibunya berasal dari Thailand. Berkahwin dengan orang tempatan. Telo perbualan Melayunya masih lagi pelat dengan bahasa Siam - nada yang sama oleh orang Melayu di kampung aku. Yang pasti, mereka seagama dengan kita.

Mereka sudah berada di Adelaide hampir dua minggu. Menurut ibu remaja itu - kos pembedahan dibiayai oleh doktor di WCH. Aku tidak begitu pasti. Mungkin bukan doktor, tetapi dibiayai oleh pihak hospital. Sukar juga berbual kerana ada hal-hal yang tidak dapat dia terangkan secara jelas kerana masalah bahasa.

Kerana ibu itu seorang wanita - maka yang banyak berbual dengannya ialah kaum ibu juga. Aku sesekali sahaja mencelah dalam bahasa Siam.

Dia sempat menceritakan tentang masalah birokrasi di negara kita untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi meringankan keperluannya sini. Menurutnya, dia ada mendapat sedikit bantuan dari agensi kerajaan di negara kita. Cuma - kerana dia sendiri mungkin tidak begitu jelas dengan nama jabatan di negara kita, maka sukar untuk beliau menamakan apakah agensi terbabit.

Tidaklah pasti sama ada ia agensi agama atau jabatan yang berkait dengan kebajikan.

Dia juga ada menyebut jumlahnya. Tidaklah perlu aku sebutkan. Tidaklah banyak.

Bagaimana pun, katanya permohonannya itu tidak mudah juga. Dia perlu berjumpa dengan orang atas bagi mempercepatkan prosesnya. Jumlah yang didapatkannya juga tidaklah banyak. Katanya, banyak yang telah habis untuk urusan pasport dan visa.

Apatah lagi perbelanjaan di sini tidaklah pula murah. Pihak hospital hanya menyediakan kemudahan penginapan untuk ibu dan remaja lelaki yang sakit itu sahaja. Sedangkan dia perlu membayar AUD 18 sehari untuk tambahan katil untuk anak gadisnya. Itu belum termasuk kos makan dan minum.

Ada satu hal lagi - dia beberapa kali menyebut ada satu pertubuhan lain yang membantu meringankan kos sarahidupnya. Katanya mereka ini memberikan peruntukan yang besar sedikit, walaupun tidak banyak. Kalau tidak silap - membiayai tiket kapal terbangnya. Pertubuhan itu ialah sebuah persatuan agama Buddha di Malaysia. Bahkan, ketika di Adelaide ini - wakil pertubuhan Buddha di sini sering melawatnya bertanyakan keperluannya. Bahkan, prosesnya permohonannya juga mudah. Sekadar 2 minggu.

Kita ucapkan terima kasih kepada persatuan Buddha itu kerana sudi membantunya. Apatah lagi, mereka itu dari keluarga beragama Islam. Tentulah ia sebahagian dari kebajikan yang diajar agama Buddha.

Sehingga catatan ini - tentulah kita tidak boleh menyalahkan badan agama kita - kerana kita tidak tahu sama ada ibu tadi sudah memohon bantuan atau tidak. Juga tidak pasti apakah agensi lain yang membantunya itu termasuk juga jabatan agama Islam dan sebagainya.

Bagaimana pun - kini tiba masanya kita menyelak kembali cara kita. Lihat bagaimana aktif dan efisiennya pertubuhan agama lain membantu semua umat manusia. Bagaimana pula dengan cara pertubuhan kita berkerja? Adakah sama efisiennya? Adakah kita juga membantu orang dari agama lain?

Aku tidak boleh menulis panjang. Aku perlu tahu lebih banyak lagi sebelum aku boleh menyambung cerita ini.

Kalau ada sesiapa yang berhasrat membantu ibu tadi dan anak-anaknya sepanjang mereka di sini, bolehlah hubungi aku. Beberapa orang kawan aku - tadi ada bercakap-cakap untuk membantu ibu tadi. Mungkin melalui derma kewangan, atau juga menolong menghantarkan makanan.

Nota: Kerana banyak lagi yang tidak jelas, tidak semuanya dapat aku ulas di sini. Bagaimana pun, kalau anda mampu membaca tulisan ini beberapa kali, itu lebih baik.

Yang berhasrat untuk melawat: bilik 404, Samuel Way Building, WCH, North Adelaide
Nama ibu: Kak Ani
Nama anak: Mahathir Ismail

8 comments:

ziarah76 said...

banyak tanda tanya...

FakirFikir said...

Ziarah - blh contact via email. Baru blh diberikan sedikit analisa.

mangkuk statik said...

Salam,

1. Aku otai. Dah byk org cenggini aku jumpa kat Adeled.
2.Hospital Women & Children Adeled(WCH) mmg salah satu tempat paling top dlm dunia utk buat maxilofacial surgery =pembedahan muka/kepala.
3.Tapi sebab kes cenggini tak banyak di Adeled mahupun Australia, maka diorg sanggat memerlukan pesakit utk mengasah/mentain skill diaorg, experimen dan dlm masa yg sama just kebajikan.
4.Jadi geng2 doktor WCH banyak travel ke serata dunia especially di negara2 ASEAN, dlm usaha mereka memburu pesakit2 yg "gempaq2" utk memenuhi naluri kepuasan hati/ego/challange themselves. Kalau pesakit2 kes yg kurang teruk, biasanya mereka(mat salleh) akan treat di hospital tempatan je, mcm USM kubang kerian contohnya.
5.Jadi pesakit yg di Adeled skng nih, mmg telah di jumpai oleh Doktor WCH (Mr Devit) di malaysia dan mungkin di sebab kan kes dia menaraik, maka diaorg lah yg sponsor datang sini pakai duit tabung hospital/maxilofacial fund.Cost operate dan kos utk famili di tanggung.
6. Pertubuhan/Kementerian/Jabatan Agama Islam Malayisa mmg sedia maklum bahlul dlm memproses bantuan kewangan dlm kes ginih. Sebab tu org pergi straight ke suratkhabar.
7. The procedure tu agak sukar di iukuti oleh org2 kampung. Antaranya kene mintak surat doktor mengesahkan kes tersebut. Kau pikirlah, org kampung nak pegi sepital pon dah nak terkencing. Ni lagilah nak mintak surat referral dari tuan doktor! Nak sebut perkataan referral diaorg tak tau.
8.Di WCH tu bukan setakat geng2 budha. Geng2 kristian lagilah bersepah-sepah. AKu pernah tgk depan mata aku mat salleh ni dok citer pasal Jesus kat budak melayu nih yg baru lepas operate muka! Macam lahanat!
9. Sebenarnya the solution is mudah. Setiap pesakit, Kementerian Kesihatan kenalah appoint satu case worker yg menolong/memimpin famili tersebut dlm proses permohonan2 tabung kesihatan/zakat etc.Satu case-worker boleh handle sampai 10 famili pon takde hal aku rasa.
10. Manakala kita kat adeled ni plak, kita amat sukar nak keep track ngan sapa datang ke WCH sebab kita bukannya selalu pergi sana. Dulu ada medical students. Dorg lah yg britau. SKang ni ntah? Maybe someone, myPSA/ISMA/UMNO contohnya boleh kontek WCH dan mintak diaorg kontek kita bila ade je org Malaysia datang operate di situh.
11. Kalau ada ape hal yg aku boleh bantu, britau ler. Especialy bab masak2 nih. Aku takdehal nyer insyaAllah.
Sekian,wassalam.

ihsan_huhu said...

no acct ade?

FakirFikir said...

Nanti seseorang akan contact hang.

Anonymous said...

setahu aku pusat zakat Wilayah Perekutuan yang palingaktif dan dikira.......paling bagus antara yang lain.

Masalahnya bila kita mohon di suruh kita mohon Baitumal. Apa yang selalu berlaku pusat zakat ingat baitumal dah bagi dan sebaliknya bitumal ingat pusat zakat dah bagi,,,,,

cumaaku terfikir sejenak....macam gambar dalam passport nanti selepa dia operation...perlu ke buat passport lain..

FakirFikir said...

OO..rasanya gambar tak ada masalah. Sebab dia akan operate bahagian sekitar mata dulu. Tak semua bahagian. Bila dah sembuh bahagian mata, baru dia akan buat bahagian lain pula. Mata perlu dibuat dulu sebab dia susah nak baca. Susah untuk dia kat sekolah.

isuzu_aizu said...

hmm, ada satu kes arwah mak kwn sy, dulu dia sakit mcm2 buah pinggang, kencing manis etc. penah skali kitorg dtg ke rumah dia, masa tu satu grup buddhist dtg nak bg bantuan mesin dialysis. so mmg camtu la aktivis agama diorg kat msia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails