Yang Ikut

Wednesday, 5 May 2010

Mengimbau Piala Dunia

Reactions: 
Temasya Piala Dunia akan menjelang. Ia mungkin sukan terhebat bagi warga seluruh dunia. Baik yang bermain bola, atau yang berkaki bangku. Bolasepak telah menjadi bisnis baru dunia perniagaan.

Aku tidak berapa pasti sejak bila aku mula tahu istilah bola. Sekitar tahun 1982, aku mula terdedah dengan nama Paolo Rossi - pemain Itali yang terkenal waktu itu. Itu pun sekadar melihat gambar poster yang terpampang dalam bilik abang aku. Di mana-mana orang bercakap berkaitan bola, sekalipun waktu itu untuk menonton televisyen sangat susah. Apatah ingin menonton Piala Dunia.

Seingat aku - tahun 1982 di kampung aku hanya ada beberapa orang sahaja yang ada televisyen. Itupun visualnya masih hitam putih. Belum ada elektrik waktu itu. Orang masih menggunakan generator atau bateri. Aku tidak tahu sama ada pembaca blog ini pernah merasai zaman gelap itu.

Aku pasti - aku tidak menonton Piala Dunia tahun 1982 itu. Aku masih budak sangat. Baru 10 tahun. Jadi aku tidak tahu sama ada disiarkan perlawanan bolasepak atau tidak. Kalau disiarkan pun, aku tentu tidak dibenarkan bertandang ke rumah orang pada waktu malam.

Cuma tahun 1986 - baru aku tahu apa itu Piala Dunia. Aku berpeluang menontonnya kerana tinggal di asrama. Di kampung aku juga sudah banyak orang yang mampu membeli tv. Cuma rumah aku yang belum. Waktu itu baru aku tahu siapa Maradona. Dia bermain tahun itu. Orang juga mula bercakap legenda bola Pele, yang lebih terkenal dari Maradona yang bermain lama sebelum itu. Nama Zico yang bermain dengan kelab Udinese juga ada disebutkan. Aku tidak tahu tahun berapa dia bermain.

Iklan terkenal waktu itu ialah iklan rokok Benson & Hedges - yang berlatarkan singa. Ia iklan yang paling dahsyat waktu itu tatkala dunia animasi belum lagi sehebat sekarang. Banyak pembaca blog ini tentu belum lahir untuk melihat iklan itu.

Tahun demi tahun - Piala Dunia tetap kekal dengan imej sebagai temasya sukan terhebat dunia. Kualiti dan rentak permainan juga kian menarik. Yang berlari di padang ialah jutawan. Cuma, sukan bolasepak kita masih di takuk lama. Mungkin semakin teruk kalau kita mengimbas kembali era kegemilangan Mokthar Dahari, Bakri Ibni, Soh Chin Aun atau Hassan Sani.

Tahun piala dunia yang hebat untuk aku datang sekali - tahun 2006 lalu. Pasukan Itali mengalahkan Germany di separuh akhir dan salah satu gol kemenangan itu dijaringkan oleh Alessandro Del Piero - menutup mulut Oliver Kahn yang bercakap besar sebelum itu.

2 comments:

ismadiyusuf said...

dahulu aku begitu meminati marco van basten..dan nak jadi macam dia tapi entahlah...

Othman Juliana said...

Piala Dunia-mengimbau kenangan zaman bekerja dulu. Disebabkan terlampau teruja dengan team ** & **, sanggup ambil cuti emergency half day. Bukan pergi jauh pun (nasib tak kantoi~ perghhh), pergi bangunan depan opis je & dok tgk game di German's Pub. Gila, memang gila dulu ;p

Sekarang? Tengok kat rumah je dah cukup kot?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails