Malam semalam, isteri aku tanya: mana hadiah? Aku tanya: hadiah apa pula? Dia tanya balik: Tau tak ini hari apa? Aku bertanya balik: Hari apa pula?
Baru aku tahu yang aku kian tua untuk mengingat banyak perkara penting dalam hidup.
Rupanya kelmarin genaplah 11 tahun perkahwinan aku. Aku terasa baru beberapa hari dulu. Semasa hari perkahwinan, rombongan aku bertolak dari Changlun ke Pantai Remis, di Perak. Perjalanan yang agak jauh. Melewati lebuhraya. Melalui jalan berliku ladang kelapa sawit sebaik sahaja memasuki jalan susur tol Changkat Jering. Berjumpa dengan 3 pekan kecil dan bangunan kayu lama.
Dalam setengah jam lagi ke rumah pengantin - baru aku teringat, aku tidak memakai stokin. Baju Melayu juga tidak berbutang. Maklumlah, ini perkahwinan pertama aku. Aku berjanji, kalau aku diberi peluang mempunyai satu lagi isteri - aku pasti tidak mengulangi kesilapan kecil itu!
Kalau orang bertanya aku - apa maknanya perkahwinan, aku hanya boleh menjawab dengan cara yang mudah. Perkahwinan itu tidak akan sama dengan alam percintaan. Perkahwinan ialah hakikat sebuah kehidupan.
3 comments:
Awang,
Selamat ulangtahun perkahwinan.
Semoga bahagia berkekalan hingga akhir nanti.
Nota: Masih terngiang di lidah sambal kicap cicah ayam goreng buatan suri 12 Rose Street suatu tika dulu..
Ex-Worker Lobethal 2008
boleh lupa stokin!! happy anniversary..
hakikat sebuah perkahwinan...
Post a Comment