Yang Ikut

Monday, 8 November 2010

Aku masih duduk di sini

Reactions: 
Ini hari yang tiada cerita.

Tadi - awal-awal pagi lagi aku ke kedai fotostat. Ada seorang kawan aku yang sudah tamat pengajiannya, meminta aku membawakan contoh kulit tesis PhD ke kedai tersebut. Kawan aku sudah balik Malaysia dua hari yang lalu. Di bakal mendapat doktor di depan namanya.

Hanya aku yang masih duduk di sini.

Sebenarnya banyak kawan-kawan aku yang sudah balik Malaysia. Aku pun tidak tahu berapa orang yang sudah balik. Aku kini sudah menjadi generasi terlanjut duduk di Adelaide ini. Musim bertukar rupa entah berapa kali. Beberapa kali juga aku diserang penyakit urat di musim sejuk. Sekarang musim bunga. Bagi yang tidak tahan akan diserang batuk-batuk. Debunga terbang di sana sini. Tidak lama lagi musim panas akan tiba.

Aku masih duduk di sini. Semakin hari semakin bosan.

Hari ini aku sudah menutup cerita analisis aku menggunakan software Mplus yang tidak pernah aku dengar sebelum ini. Aku menutup cerita kerana setiap aku run program, error dan warning keluar di sana sini. Aku tidak pasti software itu yang tidak betul, atau aku semakin bodoh. Akhirnya, aku dan penyelia aku sama-sama bersetuju kami tutup sahaja cerita software pelik itu. Esok, kami akan memulakan permainan statistik dengan software yang lain pula.

Aku masih duduk di sini. Bermain dengan nasib. Bertarung dengan masa.

Tengahari tadi - aku terasa malas. Aku ke kedai kopi. Aku minum seorang diri di bawah pokok sambil menghisap rokok. Tidak ada kawan di kampus ini. Hanya aku seorang.

Aku malas berfikir hal belajar. Perut pula terasa lapar. Tidak ada apa yang boleh dimakan di negara orang putih ini. Banyak makanannya ada gelatin. Aku ke Foodland membeli sekotak biskut kering - itu sahaja yang boleh aku makan.

Aku masih duduk di sini. Entah bila aku akan balik.

4 comments:

kek_gebu said...

kesiannya.. =D klau tkde ape2 nk buat,isila masa lapang dgn buat dakwah..amr ma'ruf nahi munkar..tk pun bykkan amal,zkr,bca quran.. pesan Nabi,gunakan masa lapang sblum dtg sempit..=) so..ape2 pun pastikan hari ni lbh baik dari smlm..semoga maju jaya! salam ukhwah..

Anonymous said...

Perasaan 1 minit : sayu + menerawang

Awang,
Masanya akan tiba..
Masanya akan pasti..
Yakinlah..

Ikhlas,
Ex-Lobethal worker 2008

Anonymous said...

2010...kau dah tua
2011...kau lagi tua
tunggu la sampai betul2 cukup tua baru balik.


ikhlas tapi jauh,
kecik besar,kecik besar

ajaq said...

yg benar itu tetapkan benar
yg salah itu tetapkan salah
buruk baik tinggi rendah
hitam putih mestilah ada
masa demi masa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails