Yang Ikut

Friday, 5 November 2010

Menulis pun ada bahayanya!

Reactions: 
Semalam aku bertanya - mengapa orang menulis blog.

Ada yang berkata blog boleh dibukukan. Mungkin boleh dibukukan, walaupun mungkin tidak laku. Dengan ribuan buku baru yang diterbitkan, dan minat pembaca bahan bercetak yang semakin merosot, aku tidak mungkin bakal menjadi penulis buku. Suratkhabar juga kini mengalami kemerosotan yang teruk - berdepan dengan media alternatif yang terbit secara online - banyaknya percuma, apa sahaja yang perlu dibayar mungkin berdepan dengan kesukaran.

Melainkan kalau aku ini seorang yang ternama.

Menulis jurnal mungkin sesuai dengan minat aku. Tetapi, menulis jurnal tidak semudah yang dijangka. Ia antara bentuk penerbitan yang paling sukar, walaupun patah perkataannya sekitar 7,000 ke 10,000 sahaja.

Ia sukar bukan kerana patah ayat bahasa Inggerisnya. Ia sukar kerana ia mengambil kira semua hal - metodologi, konseptual, statistik dan banyak lagi. Ia mengambil masa yang panjang.

Kalau begitu, adalah lebih baik aku menulis blog sahaja.

Menulis blog sebenarnya bukan hanya membolehkan kita berkongsi idea dan cerita, menulis blog juga membolehkan kita 'bertemu' dengan banyak orang. Orang ini seperti kita juga, tidak perlu untuk kita kenal di antara satu sama lain. Ia tidak menjadi hal yang penting. Kita bertemu dalam konteks sebagai penulis dan pembaca, atau sebagai pengunjung dan pencerita.

Mungkin itu antara kepuasan menulis blog.

Adakalanya, apa yang ditulis itu juga mungkin bakal mengubah cerita kita.

Dua belas tahun dulu, ketika Saudara Harleem menemuduga aku untuk satu pekerjaan menulis, kami telah bertemu di kedai kopi. Aku masih serabut dan tidak berstokin pagi itu. Itu perwatakan yang susah untuk aku ubah. Tetapi ada hal yang kemungkinannya beliau tidak boleh menolak aku pada pagi itu ialah kerana aku ada beberapa keping sajak untuk menceritakan bahawa aku boleh menulis.

Kini - beliau tidak lagi menjadi ketua aku. Tetapi kerana beberapa keping sajak itulah, aku berkesempatan bertemu dengan beliau. Kini, beliau seolah-olahnya sebahagian dari keluarga dalam hidup aku. Kami terus berhubung sehingga kini, walaupun banyak hal yang dibualkan itu ialah idea baru yang bakal ditulisnya.

Menulis juga ada bahayanya.

Ibu mertua aku pernah membaca surat-surat cinta yang aku tulis kepada bakal isteri (sekarang isteri) aku, yang isteri aku simpan di dalam album. Dia memuji surat cinta aku. Katanya sedap dibaca.

Walaupun dia memuji - hingga kini aku berasa malu!

Bayangkan pula kalau dia berkata, 'anak menantu aku ini, ayatnya sahaja yang lebih!'.

1 comment:

Ibnu Mutalib said...

huhu,,..
menulis pun kene ada keyakinan.
pernah dengar Langit Ilahi?

dulu dia (masa sekolah) try2 menulis macam budak2 sekolah try2 lukis komik dan bercita2 nak wat komik sendiri.

tapi dia siyes dan dah berapa buku publish w/pon sebaya saya je 21, xde lagi "worldly" kejayaan yang boleh disebut2 orang (hah,bagus la tak riak I'allah)

Dr Maza pun bukan "ustaz stream" education, dia sambung belajar tup2 leh jadi mufti.

kesimpulan atas diri sendiri.bakat dah ada, bila lagi?
heh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails