Yang Ikut

Monday, 22 November 2010

Siapa yang mampu meramal hidup?

Reactions: 
Musim panas sudah tiba. Suhu sejuk tiba-tiba menjadi panas. Inilah keadaan di negara 4 musim. Sesuatu yang aku tidak pernah bayangkan ketika aku masih kecil. Sama seperti tidak pernah aku impikan untuk singgah di Adelaide. Kini, sudah 3 tahun lebih aku di sini. Bagaimana dengan tahun-tahun mendatang? Tidak siapa yang bakal tahu apa yang bakal terjadi dalam hidup kita. Kita hanya menulis mimpi dalam kotak fikir kita.

Sebelum aku ke sini - aku memohon beberapa buah universiti. Banyaknya di UK. Aku tidak ambil tahu pun sama ada ia universiti besar atau kecil. Antara yang aku ingat ialah Sheffield University. Tetapi ia sepertinya banyak kerenah. Ia universiti yang baik dalam bidang aku. Aku juga memohon di Leeds. Tetapi ditolak. Antara yang menerima aku ialah University Manchester. Masalah lain pula timbul. Tiba-tiba penaja sepertinya tidak lagi membenarkan kami ke UK. Juga beberapa buah universiti besar di New Zealand. Tetapi banyak yang menolak. Maka pilihan yang aku ada ialah di Australian National University dan University of South Australia.

Mengapa aku ke sini? Sebenarnya selisih masa 3 hari yang membawa aku ke sini. Aku menerima tawaran dari universiti ini cepat 3 hari dari universiti yang satu lagi. Itu sahaja yang menyebabkan aku sampai ke sini. Sebelum itu juga, supervisor aku (waktu itu belum) mengirimkan aku beberapa artikel untuk aku baca. Jadi aku anggap beliau orang baik yang boleh dibawa berbincang. Setelah 3 tahun di sini, memang sangkaan aku benar. Beliau orang baik.

Itulah kehidupan. Masa berlalu begitu pantas setiap hari. Sehebat mana pun kita, siapa pun kita - tidak ada seorang pun tahu apa yang bakal berlaku dalam kehidupan depan kita.

Orang sangka dengan ada PhD bakal menjadikan manusia itu bijak dan dihormati. Belum tentu lagi. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi dalam kehidupan kita. Siapa yang mampu meramal kehidupan? Tidak ada. Kita hanya berharap sahaja. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

4 comments:

Ibnu Mutalib said...

emmm, kita tak tahu apa yang baakl berlaku,..
semoga Allah beri pertolonga dalam setiap musibah, dan petunjuk dalam setiap nikmat..amiin

ajaq said...

keadaan yg menentukan hidup anda
atau
anda sendiri yang menentukan hidup anda

Anonymous said...

ala ape nak hairan....kehidupan kat sana sementara....gelanggang sebenar kat sini(malaysia)....mari..mari..mari...BALIK.

kicik besar..kicik besar.

ismadiyusuf said...

ujian untuk menjadikan kita sebagai seorang manusia atau sebaliknya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails