Yang Ikut

Thursday, 4 November 2010

Mengapa anda menulis blog

Reactions: 
Ini adalah tahun ketiga aku menulis blog FakirFikir. Jumlah pembaca mungkin hanya beberapa orang. Walaupun kelihatannya seperti ada 72 orang follower, tetapi aku tidak percaya akan ada 72 orang pembaca. Mungkin beberapa kerat sahaja.

Tetapi - aku tidak pernah kisah sama ada akan ada yang membaca atau tidak apa yang ditulis. Aku juga tidak akan cuba melompat dari satu blog ke satu blog lain mempromosikan blog ini. Bagi aku - penulis blog kecil seperti kita - sekadar menulis untuk meluahkan apa yang dirasa. Kita belum sampai ke tahap penulis besar seperti Kadir Jasin, atau akan mampu menjadi penulis blog yang setiap tulisan menjadi kata seperti Tun Mahathir. Blogger seperti Dr Asri juga terkenal kerana dia telah ada nama sebagai bekas mufti, dan apa yang ditulisnya juga wajar dan bermanfaat.

Apa yang menyebabkan orang membaca apa yang kita tulis?

Bagi aku - setiap penulis perlu ada identitinya dan tidak perlu bersifat hipokrit. Blog seperti
SwingingBowl - dengan bahasa yang 'outspoken' dibaca kerana itulah identitinya. Dia menulis hal yang benar tanpa segan silu. Itu caranya. Tetapi, aku percaya itu antara blog yang baik - ia mengekalkan identitinya menegur dengan caranya. Itu juga mungkin blog yang memaparkan pandangan manusia awam terhadap sesuatu perkara.

Krenmaut dibaca setiap hari kerana tidak banyak yang mampu menganalisis muzik heavy metal sepertinya. Itulah keunikannya. Itulah kekuatannya. Berselang seli pula dengan hal agama - sedikit sebanyak mencetuskan idea dakwah di celah berita muzik semasa. Dia juga orang yang berilmu dan tahu bidangnya.

Di antara kelompok karkun - blog
Ziarah76, Cillah-Mind Art dan Ismadi adalah antara blog yang selalu aku ikuti. Cara mereka menulis memaparkan peribadi mereka walaupun aku tidak tahu siapa mereka. Mereka menulis dengan cara yang beradab, sesuai dengan strategi mereka berdakwah. Tulisan seperti itulah yang diperlukan kalau ingin berdakwah. Anda tidak boleh menulis dengan cara yang kasar, sedangkan pada masa yang sama anda mengaku anda sebagai seorang pendakwah pula.

Blog anak muda seperti
Azyanazilah atau Ainishamsi mungkin tidak menulis hal yang besar. Mereka sekadar menceritakan hal diri mereka sahaja. Sungguhpun begitu, ia memaparkan jiwa anak muda. Mungkin itulah pemikiran anak muda. Di kalangan mereka, mungkin Laxamana menulis hal yang sedikit tinggi. Sesuai dengan minatnya dengan hal begitu.

Semua blog ini ada identitinya. Mereka menulis apa yang mereka rasa.

Blogger kecil seperti kita - sebenarnya bukanlah sesiapa. Kita menulis apa yang kita rasa. Kita mungkin menyumbang untuk kebaikan. Kita juga mungkin ada menyumbang untuk keburukan. Bagaimana pun - identiti itulah yang perlu dikekalkan. Kalau tidak, blog kita hanya bakal menjadi bahan ketawa.


Kalau juga anda ingin menjadi manusia terkenal dengan menulis blog, lupakanlah. Manusia tidak terkenal kerana menulis blog. Manusia terkenal kerana identitinya.

5 comments:

alien said...

aku antara pembaca blog anda
hehehe

Abang Ben said...

lain orang lain halnya.

Artikel ko semua ni dah boleh dibukukan tau!

ziarah76 said...

pejam celik, pejam celik

rupa-rupanya, bukan sedikit juga masa kita telah 'dibelanjakan' utk berblog

mudah-mudahan bermanfaat

ihsan_huhu said...

utk update kasik family member/org2 yg nak tau

Ibnu Mutalib said...

i'm reading,hehe

blog ustaz Nik Abduh Bin Nik Abdul Aziz, kandungan dia berisi politik kosong, yang semua orang tahu, dan kadang2 ilmiah, selebihnya macam berbual2, kehidupan hariannya.

Tapi content blog dah jadi buku, dan buku tu saya dah beli,huhu.

tak pelik satu hari nanti blog2 cam krenmaut, ziarah76, dan keretamayat jadi buku,huhu

wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails