Yang Ikut

Sunday, 9 August 2009

Salam untuk teman Adelaide

Reactions: 
Semalam - jam 6.20 pagi aku menjejak kaki ke Adelaide setelah lebih 22 jam aku berpaku punggung di lapangan terbang Perth.

Aku sampai di Perth Jumaat jam 5.30 pagi, dan naik pula pesawat berikutnya ke Adelaide jam 2.00 pagi Sabtu. Dulu aku rasa 24 jam itu begitu cepat. Nampaknya tidak. Menunggu di lapangan terbang yang jadi seperti 'kandang' anjing polis yang begitu rajin membuat jilatan menyebabkan kita tidak senang duduk.

Bunyi-bunyi peringatan dalam 7 minit sekali 'Jangan tinggalkan beg anda tanpa ditunggu, atau ia akan dibuang!" menyebabkan aku terpaksa mengusung beg aku selama 14 kali untuk menghabiskan rokok sekotak. Tapi itulah yang terpaksa dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan pesawat harga murah.

Adelaide - cuaca pagi ini 13 darjah C. Tiada lagi kedai kopi untuk bersantai. Tiada juga cerita mat rempit dan ragut. Tiada juga cawan-cawan air ketum. Tiada juga umpat-umpat cerita politik Malaysia. Tiada lagi minum free berkali-kali. Tiada lagi deman chinkunkunya atau ke pusara menggali kubur orang mati. Semuanya tiada di sini.

Tapi ada satu yang sangat berharga di sini - di bumi asing yang dingin ini - warga Malaysia yang ramah tamah. Mereka adalah sahabat ketika senang dan susah. Mereka lebih baik dari saudara mara anda yang tidak mahu menghulurkan senyuman ketika musim durian sedang meluruh jatuh. Mereka adalah teman yang sanggup berkongsi gundah.

Terima kasih semua. Eh..bila mau ada makan-makan!

2 comments:

Anonymous said...

saudaraku barangkali dalam kehidupan ini kita harus terus sentiasa memberi dan memberi dan menerima satu pusingan yang sentiasa berlaku.beri dan terima .samada memberi tenaga , buah fikiran, sedekah wang dan sebagainya. dan kita juga sentiasa menerima hasil dari pusingan tersebut.yang pasti teruskan perjuangan murni wahai sahabatku tanpa memikirkan imbalan.....dari najmi

ihsan_huhu said...

boleh r praktikkan amalan kopi2 free kat kawan kat sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails