Aku pula sudah duduk di atas meja ini sejak pagi tadi lagi. Berselang seli dengan tidur, makan, merokok dan macam-macam aktiviti. Rancangannya untuk menyudahkan artikel untuk dimasukkan ke dalam jurnal. Tapi nampaknya masih belum juga mahu siap. Kalaulah PhD itu seperti menulis blog, sudah lama aku grad gamaknya.
Serabutnya kepala itu sebenarnya tak boleh dilihat jelas dari mata orang. Serabutnya meja itulah yang boleh kita gambarkan. Oh ya. Di atas meja aku ada 2 biji notebook, sebiji modem, sepasang speaker, dan bekas tupperware yang ada tapai pulut di dalamnya. Satu ingatan - walaupun anda mempunyai 8 biji komputer, ia tak mampu menyudahkan kerja PhD anda. Itulah kelemahan teknologi. Fail-fail dan kertas-kertas yang berselerak itu nanti boleh aku jual kepada Cina suratkhabar lama.
Dah lama tak mendengar suara laungan "SURATKHABAR LAMA'. Gamaknya itulah pekerjaan yang boleh aku buat kalau PhD ini tak siap!
3 comments:
Salam.. Selamat Hari Raya.. betul sangat2 tu.. kertas journal/article ni boleh buat jual surat kaba lamaaa... lama bro.. PhD ni.. nak muntah pun ada...
kami di UK.. pukul 3 dah malam.. sejuk+malas pulak nak pi ke school.. so 'hibernasi' bawah selimut jer la...
mm...aku pun terfikir benda yg samer ler..kalau phd cam hang menulis blog hang ni..hang habis phd dulu dari aku ler nih. Eh, tolong masukkan zara sekali as yr blog follower, sajer ler suka baca..aaha..
Ha ha K.A.M.K - nanti kita balik pakat2 buat bisnis jual kertas recycle. Boleh kaya tu!
Post a Comment