Yang Ikut

Monday, 22 December 2008

Cerita tuan rumah

Reactions: 

Malam ini sungguh tiada 'mood' untuk study atau buat apa-apa kerja yang berfaedah. Masuk universiti - semua dah bercuti. Lalu lalang depan Rundle Mall, dah jadi semacam Chow Kit musim raya Aidilfitri. Begitulah suasananya. Seolah-olah kita pula yang sedang berhari raya. Cuma tadi, bila aku balik dari kedai IGA, ada banyak buah atas meja. Rupanya, tuan rumah aku, Mama yang beri. Dia yang berketurunan Greek ini selalu beri macam-macam.

Mungkin sebab aku bayar sewa rumahnya tepat - sebulan sekali pula tu - membuatkan dia gembira. Mungkin juga sebab dia sudah tua - dalam lingkungan 80-an, jadi dia teringin buat kerja amal. Suaminya sudah lama tak lalu depan rumah aku sejak jarinya dipotong kerana kencing manis. Maka, yang selalu lalu depan rumah aku ini - cuma Mama.

Orang Greek ini tabiatnya seperti orang Melayu. Mereka rajin berkebun. Suka bersembang. Pernah sekali semasa bayar sewa rumah, aku ke rumah Mama. Dia bancuh secawan kopi kat aku. Dia baik. Nak jamu aku makan sekali. Hah. Nasib baik aku tipu yang perut aku dah 'full'. Kalau tak mahu aku makan daging yang tak disembelih tu. Dah la tu - anjing-anjing dia kat dapur tu tu menjilat kaki aku pula. Tak apalah. Nak buat macam mana. Tak kan nak sepak pula kot. Balik rumah, aku samak. Itu cara paling baik.

Tapi - bab buruk yang lain - kononnya orang Greek ini kedekut. Tak tahulah itu streotaip kaum atau tidak. Tapi tuan rumah aku ni taklah macam tu sangat kot. Oh - sebenarnya buah-buahan ini ditanam di belakang rumah aku. Ada semacam kebun jugalah. Aku tak pernah masuk sebab berpagar. Cuma sesekali aku sempat menjenguk. Ada juga reban ayam kat belakang tu. Bila dengar ayam berkokok - terasa macam kat kampung aku di Changlun pula. Hilang rindu dekat ayam mak aku!

2 comments:

K.A.M.K said...

'org greek mcm org melayu'... memang saya setuju.. tak sangka pulak ada org sedar.. dulu housemate kami org greek (bukan grik di perak).. mmg perangai mcm org Melayu.. lepak, malas-malas,suka sembang.. sikap 'tak kisah'nya betul2 Melayu. lain beza dgn orang hitam or putih...kiasu

mungkin ada kaitan kot nenek moyang kita.. buat research sikit tuan!

FakirFikir said...

Mungkin orang Melayu yang buka empayar Rom! Orang Greek dan Italy ini lebih kurang dari etnik yang sama. Orang Melayu sebut Sabtu, orang Italy sebut Sabato. Ahli linguastik yang kena kaji ni Bro.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails