Yang Ikut

Wednesday, 10 December 2008

Apa yang runtuh?

Reactions: 
Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa! Ia jadi berita sensasi dan segala yang bernama wartawan dikerah ke sana untuk mencari berita. Tak kurang juga yang bertugas menjaga hal ehwal bukit membuat mesyuarat tergempar dan sidang akhbar di sana sini. Seolah-olah ada dinasour yang sedang menyerang kita.

Mengapa terkejut? Ia bukan hal baru. Sekarang ini kes tanah runtuh mungkin sama banyaknya dengan bilangan durian yang runtuh. Mengapa kita cepat melatah apabila berlaku hal-hal semacam itu? Seolah-olah ia hal pelik dan janggal berlaku di negara kita. Seolah-olahnya kita sudah membuat banyak perkara bagi menghalang perkara itu dari berlaku

Jadi - jangan menjadi gelabah tak tentu pasal kalau diumumkan ada larangan untuk kita menarah tanah di atas bukit, menambun lombong menjadi pulau atau apa sahaja larangan lain. Jangan bimbang - selepas sebulan daripada tarikh itu kita bolehlah panjat ke atas bukit, malah atas gunung sekalipun. Tarahlah bahagian mana yang kita suka. Tidak sesiapa pun yang akan larang. Biarlah ia jadi padang gurun yang datar. Binalah sebanyak mungkin rumah yang kita mahu. Lagi tinggi lagi bagus. Orang akan diam sehingga ia runtuh lagi.

Memang kita perlukan kejadian besar untuk mengingatkan kita. Dulu ketika aku masih muda lagi, kondominium Highland Tower runtuh. Banyak yang mati. Memang selepas itu tidak ada lagi pembangunan di tanah tinggi. Tapi itu cuma di sebelah Highland Tower. Ada juga sekali kejadian lebuhraya yang runtuh kerana tanah gelungsur di Gua Tempurung. Orang terkejut seketika. Kemudian lupa balik. Tak percaya cubalah dongak ke atas melihat apa yang dah jadi dengan Cameron Highland dan Genting Highland. Bukit Telipong di kampung aku pun dah licin orang tarah sampai ke atas puncak. Jadi apa yang pelik kalau ada yang mahu tarah bukit dan tanah tinggi?

Beberapa tahun lalu kita semua jadi gempar dengan kisah jambatan Middle Ring 2 retak. Kisah Middle Ring 2 itu pun sekarang kita dah lupa. Lebih baik hafal kisah dongeng Lord of The Ring.


Jadi untuk para kontraktor, pemaju dan segala yang bertanggungjawab melulus (melolos?) segala yang bernama projek di atas bukit, lebih baik rehat seketika. Tunggulah semuanya diam dahulu. Nanti kita bermain lagi di atas bukit. Moga-moga kita semua mendapat durian runtuh lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Harap en awang menbaca posting ini.

Mengenai jawapan soal selidik itu telah saya pos di Pejabat Pos Pudu, namun ada satu kesilapan di mana saya tidak meletakan setem.

Pihak polis meminta saya bayar RM2.50 kemudian menempelkan airmail yang saya sangka setem untuk ke luar negara.

Surat itu di serahkan kepada saya dan saya tanya ke mana harus saya hantar dan jawapan yang diterima ialah tong pelbagai.

Saya terus masukan surat tersebut dan apa yang berlaku selepas itu, pegawai pos yang berurusan dengan saya panggil dan memberikan dua keping setem.

Saya kata surat dah masuk tong.

Dia cakap pergi belakang.

Bila saya pergi belakang, pegawai tu cakap mereka tiada kuasa pegang kunci, hanya ada ialah pegawai di Dayabumi.

Jadi dia kata tunggu sahaja dan surat akan kembali semula kepada saya sebab ada alamat saya.

Kemudian saya tunggu tapi surat tidak kembali kepada saya.

Kelmarin saya ke pejabat pos itu semula dan mereka minta saya ke pejabat pos dayabumi di bahagian surat mati.

Sampai di situ dengan mudah seorang pegawai kata surat yang sudah dipos dalam tiga minggu sudah dilupus.

saya kata boleh semak balik tak.

Dia enggan berbuat demikian dan beri alasan setiap hari berurusan dengan ribuan surat.

Kemudian dia minta tolong seorang pegawai lain tengok, dan pegawai itu bawa kepada saya sebungkus surat.

yang peliknya pegawai tu kata dua bulan baru lupus semua surat.

Menunjukan ada perbezaan statement kepada saya !

last last pegawai tu ambil alamat dan contact saya dan dia akan cuba cari.

saya minta maaf en awang. saya cuba call pegawai tu segera untuk cari balik surat tu.

Junhairi

FakirFikir said...

Ha ha. Jangan bimbang. Boleh jadikan bahan ini sebagai isu negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails