Yang Ikut

Thursday, 25 December 2008

Adelaide di pagi Natal

Reactions: 
Ini gambar kampus aku di City East. Ada 4 kampus semuanya - 3 di Adelaide, 1 di Whayalla. Kampus di Whayalla jauh dari sini. Ia di kawasan country. Kampus City East inilah tujuan aku pagi ini. Aku tahu semua orang bercuti. Jadi ini hari paling baik. Senanglah aku berfikir dan menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai.

Malang sungguh. Semua bangunan berkunci. Apa yang patut aku buat? Nak ke kedai, kedai tutup. Nak menonton wayang, aku tak tahu di mana panggung. Nasib baik aku ada ambil gambar semasa berjalan kaki ke universiti tadi. Jadi aku ambil keputusan balik dan update blog ini.Ini jalan besar. Biasanya sibuk. Tapi lihat. Jalannya lengang. Tidak ada kereta lalu lalang. Kalau nak tidur tengah jalan pun boleh.Banyak orang Adelaide balik country agaknya. Aku agak ada yang balik kampung macam kita juga. Sebab supervisor aku balik kampung di Border Town - pekan kecil di sempadan South Australia dan Victoria. Ini jalan di sebelah sebuah taman. Ada kereta yang parking di sini. Aku lihat ada beberapa orang putih sedang berjogging. Mungkin itu kereta mereka. Datang berjogging di pagi raya. Mungkin caranya mereka menyambut hari Natal. Uniknya Adelaide - ia banyak taman. Ada di mana-mana. Siap dengan kemudahan berjogging, tempat permainan anak-anak, tandas, kerusi dan meja serta kemudahan barbeque. Di tempat kita susah kot. Buat taman libatkan banyak kos. Lebih untung bina supermarket atau kondominium. Lagi pun, kalau buat taman - nanti jadi sarang maksiat. Kerusi nanti budak dadah curi.

Taman ini menghijau. Pokok-pokok pun dah tua. Cantik. Sebab itu mungkin di Adelaide ini banyak burung. Ada burung nuri, itik belibis, tekukur, mala kerbau, merbah dan macam-macam lagi. Senang mereka buat sarang. Nanti aku story bab burung di lain waktu.

Ini gambar dalam universiti aku. Lihat kat situ ada papan tanda. Tak sibuk pun nak tulis dalam bahasa Greek atau Itali. Orang Cina, Pakistan dan Arab pun banyak. Tak kacau pun nak papan tanda sendiri. Di Siam dan Indonesia, bukan sekadar papan tanda, nak tulis nama pun kena pakai bahasa kebangsaan negara.
Ini gambar burung nuri. Ada sarang kat dalam pohon tu. Ini buktinya Adelaide ni bandar burung

2 comments:

Abang Ben said...

Aku pun pi Uni pagi tadi... sekali tengok jalan masuk semua kena tutup. Nak masuk kena call security... ah.. malas lak soal jawab dengan security pulak...

Penyudahnya balik rumah tidur...

FakirFikir said...

Itulah masalahnya duduk di bumi orang putih. Yang kita tak faham, nak kata mereka beraya tak nampak pun kemeriahannya. Tak nampak pun orang jalan-jalan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails