Yang Ikut

Thursday, 25 December 2008

Sedikit fasal bahasa

Reactions: 
Isu bahasa berbangkit lagi. Ada satu pihak tegas inginkan bahasa Melayu dinaiktaraf semula. Baca sini. Datuk Nik Aziz Nik Mat pula, bercakap hal bahasa juga di sini.

Kita tidak tahu sampai bila kita akan bercakap-cakap, berdesas desus soal bahasa. Mungkin kita akan diam bila bahasa kita pupus seperti yang berlaku dengan bahasa Pitjantjatra. Apa itu?

3,000 daripada 6,000-7,000 bahasa diramal pupus sebelum tahun 2100. Harapnya bukan bahasa Melayu.

Di Australia - orang Greek, Jerman dan Itali bertutur bahasa mereka sendiri. Mereka tidak pula sibuk untuk ada papan tanda atau papan iklan dalam bahasa sendiri. Suratkhabar dalam bahasa Cina atau India itu hal lain. Kita kena tahu bezakan. Tapi kita tak boleh memuaskan hati semua orang dengan mahu menggunakan semua bahasa. Kena ada satu sahaja. Lebih baik kita ajar semua bahasa di sekolah. Itu lebih baik daripada berebut nak menunjuk taring etnik.

Jangan nanti bila sebut bahasa Melayu - orang bertanya apa itu?

1 comment:

K.A.M.K said...

Tuan, saya baru balik dari Zurich dan Luzern. Di sana, Bahasa Melayu (Malaysia/Indon) ada sikit2 di guna dalam papan tanda di kedai makan, kedai cenderahati, kedai gambar dan lain2. Ada beberapa penduduk tempatan pun tahu bahasa Melayu yg mudah2.. seperti selamat datang..

saya setuju 100%. Bahasa jiwa bangsa. teruskan posting informatif ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails