Yang Ikut

Friday, 29 January 2010

Cerita aborigin - cerita kita juga

Reactions: 
Aborigin adalah bangsa asli bumi Australia. Mereka berkulit gelap, berambut kerinting. Sejarah dan latarbelakang mereka boleh dilihat di sini.

Aku tidak mahu berhujah tentang kewujudan mereka. Aku hanya ingin bercerita tentang pemerhatian aku mengenai mereka. Ia mungkin subjektif dan tidak betul.

Aku selalu terserempak dengan kaum aborigin ini di merata tempat di tengah bandar Adelaide ini. Selalunya, pada pagi Isnin ketika aku menunggu bas untuk ke universiti, ada 4 atau 5 orang kaum aborigin ini menunggu bas bersama aku. Mereka mungkin baru keluar dari bar kira-kira 10 meter dari perhentian bas. Mereka berbau hapak. Di tangan mereka ada air mabuk yang dipegang tanpa malu. Biasanya orang Australia tidak membawa botol mabuk merata-rata tempat. Mereka mabuk bersopan. Tidak puak aborigin ini.

Pernah satu hari, ada seorang lelaki aborigin berbadan sasa berbual dengan aku. Dia menunjukkan penumbuknya. Dia bercerita bahawa di masa mudanya dia seorang boxer. Aku tidak tahu ceritanya betul atau tidak. Yang aku kenal hanya Muhammad Ali atau Myke Tyson. Atau kerana dia ingin menge'pau' sebatang rokok dari aku.

Pada hari lain - beberapa orang Aborigin ini menaiki bas. Tidak seorang pun membayarkan tiket. Mereka cuma menunjukkan jari pada lubang mesin tiket sambil mulutnya membunyikan suara mesin. Tet. Tet.

Kadang-kadang aku akan melihat mereka ini tidur di taman atau padang permainan. Seperti biasa, mereka berkumpulan lebih dari 3 orang. Ada yang mengusung bantal atau tikar. Mereka juga tentu akan membawa botol mabuk di tangan. Mabuk sudah menjadi sebahagian kehidupan mereka.

Aborigin ini apa pekerjaannya? Aku tidak begitu pasti. Mereka sebenarnya dianggap 'bumiputera' di bumi Australia. Mereka diberikan pendidikan percuma. Segalanya percuma. Rumah percuma. Elaun sara hidup dibayar. Jadi mereka tidak perlu berkerja. Mereka tidak akan mati kerana tidak makan.

Sebenarnya - percuma itu ada makna. Inilah kejahatan besar orang kulit putih warga pendatang. Tanah mereka telah diambil orang cerdik. Satu waktu dahulu (sila google hal ini) - apabila anak-anak aborigin ini lahir sahaja ke muka bumi - mereka akan diambil pemerintah. Mereka dihantar tinggal di asrama di bandar besar. Kononnya untuk memajukan mereka.

Akhirnya, anak-anak ini tidak tahu asal usulnya. Tidak tahu siapa bapa dan moyangnya. Bila orang tuanya mati - mereka tidak ada waris lagi. Jadi - tanah itu telah diambil pemerintah. Inilah tanah gurun - tanah yang ada segala kekayaan minyak dan arang batu.

Aborigin di bandar ini pula - lama kelamaan terus tenggelam dengan budaya seronok dan berhibur. Mereka seperti raja. Tidak perlu berfikir banyak. Makan diberi. Mereka terus bermalas-malasan. Berfoya-foya dan berjalan-jalan tanpa tujuan di tengah bandar. Budaya dan identiti asal mereka sedang dimatikan secara perlahan-lahan oleh mereka yang pandai - yang datang dari Eropah, England, Jerman atau Itali.

Mereka mungkin tahu bahawa mereka sudah tertipu, tapi apa lagi yang boleh mereka lakukan. Mereka juga mungkin tidak tahu. Mereka sudah tidak ada apa-apa. Bukan sekadar tanah, sebutir pasir pun mungkin tidak dimiliki.

Sebab itu - aku merasa orang Melayu patut tahu cerita aborigin. Moga-moga kita tidak menjadi seperti mereka. Moga-moga kita tidak terus berbangga dengan ketuanan bangsa - bumiputera - atau apa sahaja istilah - kerana kalau kita malas, terpedaya, kita juga akan hilang semua. Sebutir pasir pun mungkin kita tidak ada.

Sebab itu - jangan ketawakan aborigin sahaja. Sekarang ini pun - kita juga sedang berjalan tidak tentu arah di tengah bandar!

3 comments:

mangkuk statik said...

Cun!
Bende yg sama berlaku kpd maori di New Zealand, eskimo di canada dan red indian di USA.
Alcoholism, unemployment, higher morbidity and mortality byk sakit dan cepat mati), semua ada kat depa.
Apakah solution kpd masalh mereka ini? Entah aku pon tak tau.

Muhammad Teja said...

kena beringatlah kalau rasa seronok saja hidup ini. :D

syahbandar87 said...

tulisan mu ckp terkesan dihatiku..hmm..sy membacanya dngn penuh penghayatan di pg hr ni..

kesian bangsa ini..apa boleh buat..klu mereka nk patah balek dh ssh.so teruskan jelas hidup camtu..

bijak jgk strategi si penjajah keparat nikan.mereka menggunakan stategi jangka masa panjang..

cerita nilebih kurang jgk jln cerita bagaimana strategi puak2 kafir laknatullah untuk menjatuhkan umat islam..memberikan sistem pendidikan mereka,memisahkan agama dalam bnyk hal,dan juga menerapkan hiburan tampa sempada kpd umat Islam.Puak2 kafir ini merancang dngn rapi sekali.Mereka juga mengkaji alQuran dan mereka tahu jika umat Islam menginggalkan suruhan alquran maka umat Islam akan jadi lemah dan umat islam tidak mampu menakluki dunia.Maka mereka pun merancang untuk menjauhkan umat Islam dengan cara mendidik spya menjauhkn diri dari amalan Islam.

tentang melayu pula..hmm..risau jgk..jika melayu terus leka maka nantilah akan nasib yang sama..mungkin jgk kita sdng melangkah ke landasan nasib yang sama tampa kita sedari.ya,mmg x terasa&x nmpk lagi sbb perjalannan masih jauh.kerna anak cucu kita yang akan menyambung perjalanan kita ini nanti.mungkin jgk kita sdh berada pd landasan tersebut.hehe..cepat2,ubah laluan ini..betulkan apa yg x betul.nanti x pasal2 jd cam bangsa oborigin.huhu..kejam2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails