Yang Ikut

Saturday, 2 January 2010

Aku tidak berebut nama Tuhan

Reactions: 
Anda tentu telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan permohonan Gereja Khatolik menggunakan nama Allah dalam terbitan akhbar Herald-The Catolic Weekly. Aku tidak mahu membincangkan hal keputusan itu. Itu hal perundangan. Itu hal mereka yang berkaitan.

Aku cuma ingin mengulas apabila ada laman blog tertentu yang memberikan ulasan betapa tidak apa-apa yang harus direbutkan nama Allah. Bagi mereka apa ada pada nama. Bagi mereka nama tidak penting. Yang penting ialah kebaikan. Yang utama ialah kebajikan. Itulah yang lebih penting.

Mereka juga mengulas betapa terdapat banyak lagi nama Tuhan lain - antaranya Yahwe, Zues, Krisna dan sebagainya. Maka berbondong-bondonglah orang Melayu kita bersetuju dengannya. Mencelah-celahlah mereka memberikan komen menyetujuinya. Bergembiralah mereka dengan pandangan bahawa jangan direbutkan nama Allah. Yang penting ialah kebaikan.

Malang lagi - kata mereka yang memberikan komen - dengan menggunakan nama Allah, maka semakin mudahlah usaha dakwah. Terdapat pula mereka yang ada jawatan dalam politik memberikan hujah mereka.

Untuk anda, sesiapa pun mereka yang memberikan pandangan, jangan bermain-main dengan hal ini. Jangan ada sesiapa yang cuba menyatakan tidak ada bezanya nama Allah yang kita gunakan dengan apa yang diungkapkan agama lain.

Jangan katakan bahawa kita tidak patut berebut nama Allah. Jangan menjadi bertambah jahil dengan menyatakan bahawa semua Tuhan itu sama sahaja. Ingat, yang lain itu bukan Tuhan. Yang lain itu hanya nama sahaja. Itulah makna tauhid untuk kita yang beragama Islam.

Sebab itu, lebih baik diam tidak berkata, daripada anda berkata sesuatu kalau ia menggelincirkan anda. Itu terlebih baik. Jangan sesekali anda tumpang semangkuk memberikan komen anda di laman blog berkenaan melainkan anda arif dengannya.

Ini bukan soal berebut nama Tuhan. Ini hal akidah. Kepercayaan kita kepada Allah bersangkutan dengan hal rukun iman. Hal tauhid. Jangan berkata bahawa dengan itu akan memudahkan usaha dakwah. Dengan pengasingan pemahaman berkaitan nama Allah sekarang ini pun, banyak anak-anak kita yang telah jadi murtad - sama ada secara sedar, atau tidak. Inikan pula tanpa pemisahan itu.

Nanti - akan datanglah para mubaligh itu mengajak anak-anak kita, "Tuhan kita sama, yakni Allah". Waktu itu - mereka yang terkeliru - akan lebih mudah dipesongkan, lebih mudah diperdayakan.

Lebih banyak buruknya apabila nama Allah digunakan pula oleh agama lain. Melainkan kalau semua daripada kita, semua anak-anak kita - alim dan arif dalam hal agama. Hal tauhid. Hal akidah. Kalau tidak, lebih baik jangan.

Aku tidak boleh mengulas panjang hal ini. Ini bukan bidang aku. Tapi aku akan selalu marah kalau orang berkata bahawa nama Allah tidak penting untuk diperjuangkan. Aku akan menjadi bimbang kalau ada orang berkata - nama Tuhan itu boleh berbagai-bagai. Aku jadi sangat kecewa kalau ada yang berkata ada apa pada nama.

Kerana bagi aku - bagi kita - Tuhan seluruh alam ini hanya Allah. Tidak ada lain yang sama dan menyerupainya. Tidak ada lain yang patut kita sembah dan beriman dengannya.

Aku selalu percaya - sebagai manusia yang hidup di sebuah negara yang Islam adalah agama rasminya, kita sepatutnya diberikan sedikit kelebihan untuk mempertahankan apa yang menjadi hak untuk kita.

5 comments:

zarzh said...

Saya benar-benar setuju dengan apa yang diutarakan oleh sdr. Nama Allah adalah pemurnian akan keesaan Allah berbanding daripada segala nama yang diberi sebelumnya dan umat Islam harus mempertahankan kesucian nama Allah dengan pengertian sebenarnya daripada segala yang dipersekutukan denganNya.

Ahmad Al-Hadi said...

Saya juga bukan arif berbincang tentang perkara ini namun saya merasa penggunaan kalimah Allah harus lah eksklusif....kalau saya nak dakwah orang pada Allah sekurang kurang nya kita faham kita ajak orang pada siapa....

Kita bukan cakap tentang penggunaan kalimah Tuhann atau God tapi Allah....

Hati saya terguris.....

ziarah76 said...

Saya amat2 bersetuju dgn tuan. Mana boleh katakan 'apa ada pada nama'. Ini soal akidah, tauhid, jangan main-main.
-- hatiku juga terguris...

Anonymous said...

Dr. Asri kata ok, boleh guna tapi kena ikut peraturan, garis panduan.

check dalam ni

http://drmaza.com/home/?p=915

dah banyak peraturan yg puak kristian ni langgar dari zaman dulu sampai sekarang.
Di Msia bila KDN tak bagi guna kalimah 1st time dulu, depa dah langgar peraturan.
Kat gereja Msia banyak depa tulis dari dulu lagi.
Aku tak faham macam mana pulak bila diberi peraturan baru.

sapa berfahaman tauhid 3 serangkai mmg takde masalah orang bukan Islam guna kalimah.

hasan said...

Salam, Allah Tuhan kita tak sama dengan tuhan mereka. Allah tak beranak. Tuhan mereka beranak bini. Jadi mana sana. Mereka yang kata sama tu sebab mereka juga ada tuhan lain iaitu DUIT. Ada duit hidup senang, tak de duit hidup susah. Duit ni lebih besar daripada tuhan sebab kerana duit orang lewat2kan solat. Ada yang tak solat langsung. Kerana duit ada yang kerja buat kuil, kerja di tok kong dll. Kerana duit pagi2 lagi orang dah keluar kerja. Ada yang tak solat subuh dll. Kerana DUIT ....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails