Yang Ikut

Monday, 18 January 2010

Bila aku yang stres

Reactions: 
Sudah beberapa hari aku tidak melakukan sebarang update.

Aku mungkin sedang sibuk. Tidak. Sebenarnya aku sedang dilanda stres. Aku dilanda stres dengan dua perkara - pertamanya berkaitan pengajian aku. Keduanya, aku juga sedang ditekan dengan waktu yang kian pendek. Cuma ada 9 bulan lagi dalam tempoh yang dibenarkan untuk aku berada di bumi kangaroo ini.

Sebenarnya stres tidak membantu menyelesaikan masalah. Stres hanya akan menggangu fikiran kita. Kita menggunakan banyak tenaga untuk berfikir hal masalah, bukan menyelesaikan masalah. Fikiran kita hanya memfokuskan mengenai kekacauan yang tak kunjung padam. Kita jadi takut, bimbang dan resah. Ia datang menujah fikiran 24 jam. Hasilnya, tidak ada satu perkara pun yang kita lakukan. Hari-hari dihabiskan berfikir dengan hal yang sama. Setiap jam digunakan untuk berfikir apa akan berlaku.

Itulah kesan stres. Ia tidak memberikan manfaat. Aku tahu benar hal ini. Ini topik aku. Tapi aku sendiri gagal mengelak.

Kalau ada orang yang dilanda stres datang berjumpa aku, aku akan minta mereka bukakan sepuluh jari. Kemudian minta mereka tutup satu jari. Aku akan berkata, mengapa harus difokuskan dengan hanya satu jari. Sedangkan ada 9 perkara lain lagi yang harus kita usahakan juga. Mengapa membiarkan 1 masalah merosakkan diri, sedangkan banyak perkara lain harus difikirkan juga.

Itulah. Apabila orang lain ditimpa masalah, kita tahu memberikan caranya. Bila diri sendiri terkena, apa pun tak boleh dilakukan.

Sepanjang aku di sini - banyak orang yang telah aku temui. Ada kawan-kawan aku yang tidak lalu lagi hisap rokok kerana stres. Dan ada yang ingin lari balik Malaysia. Jadi aku dengan beberapa orang kawan lain - cuba menolong. Kami bercakap hal positif. Kami bercakap mengenai peluang dan harapan. Kami cuba menunjukkan jalan terbaik.

Ketika di Malaysia dulu, ada beberapa rakan aku di Malaysia - ditimpa masalah perkahwinan. Aku kadang-kadang bercakap dengan mereka. Aku bercerita hal baju buruk. Aku bercerita idea mengharmonikan rumahtangga.

Hakikatnya, cakap memang mudah! Itulah kerja ahli psikologi.

1 comment:

ziarah76 said...

kalau tukang gunting kerja gunting rambut orang, habis tu sapa nak gunting rambut tukang gunting?
terpaksa la tukang gunting rambut sendiri atau pun carik tukang gunting lain utk gunting rambut dia...

itu lah dilema tukang gunting dan juga manusia yang kerjanya seumpamanya e.g merawat stress macam tuan. Sekarang tuan pulak stress...huhuhu

--kita jgn jadi gunting dlm lipatan sudah lah...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails