Yang Ikut

Wednesday, 13 January 2010

Apa lagi yang hendak ditulis?

Reactions: 
Sejak beberapa hari ini aku tidak menulis. Ada dua sebab sahaja. Sebab pertama, aku sibuk dengan bengkel menulis yang dikendalikan oleh universiti. Ia bermula jam 9.30 pagi dan tamat jam 4.00 petang - setiap hari. Keduanya, aku memang tidak ada ilham untuk menulis.

Aku tidak tahu apa lagi yang hendak ditulis. Hendak ditulis baki 9 bulan yang aku ada, dan satu lagi survey yang belum dibuat, dan hubungannya dengan rasa stres, aku rasa itu tidak patut. Sebagai orang yang mengkaji stres, aku tidak boleh menceritakan stres diri sendiri.

Hendak ditulis hal psikologi - hal cinta, hal burnout, hal self-fulfilling prophecy, personaliti manusia dan sebagainya, aku juga sudah tulis beberapa kali sepanjang 2 tahun lalu.

Hal masyarakat, hal bangsa - itu hal yang selalu aku ulang-ulang. Sekarang ini aku terasa hendak tulis hal agama pula. Tetapi, aku rasa aku patut tangguhkan dulu sehingga aku masuk pondok dulu.

Jadi, aku tidak tahu apa yang patut aku tulis lagi?

Aku tidak rasa aku patut ulas tentang prestasi buruk yang sedang dihadapi Juventus, kelab bola yang aku ikuti sejak zaman muda lagi - kerana aku tak pandai menulis hal bola. Aku hanya sekadar membaca berita sukan setiap hari - sejak lebih 10 tahun dulu. Itu sahaja yang aku tahu.

Jadi, apa lagi yang patut aku tulis? Tolong beritahu aku.

4 comments:

Chah said...

apa lagi,,kisah noriktake, corelle, garage sale..aku setia membacanya..:P

salam kt chah na..peluk cium untuk Luqman jugak..

ihsan_huhu said...

bengkel ape plak ko conduct nih?

zarzh said...

Asalam, saya syorkan kalau boleh, tuliskan juga akan penyelesaian-penyelesaian atau pandangan-pandangan bagaimanakah langkah-langkah yang wajar diambil dalam menghadapi tekanan-tekanan kehidupan insan.

Tambahan sdr Fakirfikir ni pakar dalam hal-hal sebegini.

Rasanya, dunia ni bergerak atas apa yang difikirkan oleh insan, contohnya coca-cola bergerak hatta kependalaman ceruk-ceruk desa diAfrika kerana pengeluar coca-cola giat siang dan malam berfikir tentang itu.

Sedang para-para sahabat siang-malam fikirkan bagaimanaa hidayat tersebar sekelian alam, dan atas fikir dan risau tersebut, dimana-mana hidayat tersebar.

Wallahuallam, ini hanya syor saya.

mangkuk statik said...

kau minak Juve?..Ni juve team bola ke jenama rokok nih?
Aku terkesima di sinih..
Gua pon minat Juve!!
Set!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails