Yang Ikut

Tuesday, 5 January 2010

Angkara Si Kitul

Reactions: 
Seperti yang dipetik dari blog Ziarah76, Ustaz Haron Din mungkin antara orang yang layak memperkatakan hal penggunaan kalimah Allah. Kenyataan beliau juga boleh dibaca di sini. YB Zulkifli Nordin dari PKR mungkin antara orang yang lantang dalam membincangkan ini. Walaupun PAS agak terbuka dalam hal ini, tetapi salah satu rencana yang disiarkan dalam media onlinenya mungkin menceritakan hal sebaliknya. Tun Mahathir, dalam reaksinya terhadap hal ini sedikit sebanyak mungkin boleh membuka ruang untuk kita berfikir.

Kerana semua orang sudah memberikan pandangannya dalam hal ini, apa kata kita bincang hal lain. Kita berbincang hal kita sendiri. Hal kita yang semakin lama semakin tidak ada apa-apa lagi. Hal kita yang semakin hilang banyak perkara.

Apakah puncanya semua ini?

Runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka dengan Portugis tahun 1511 sering diulang-ulang sebagai manifestasi lemahnya Melayu dalam menangani isu dalaman dan politik. Kalahnya Kerajaan Melayu Melaka - bukan kerana ia kerajaan yang kecil, atau tanpa perlengkapan. Kalau ia kecil, mustahil ia digelar empayar kelautan yang menguasai dunia. Kalau ia kecil, tentulah ia tidak tercatat dalam mana-mana naskah sejarah silam.

Melaka - kerajaan besar. Sayang, jiwa politik kita kecil. Jiwa nasionalisme kita kerdil. Kita bercakaran sesama kita. Kita berselisih sesama sendiri dalam banyak isu yang tak akan ada titik pertemuannya.

Watak Si Kitul yang diungkapkan dalam Sejarah Melayu - ialah watak manusia yang pentingkan diri sendiri. Ia sanggup mengadu domba - tidak jujur - pembelit demi mencapai cita-citanya. Inilah watak Si Kitul yang dikisahkan dalam sejarah - yang sebab kejahatannya itu telah menjadi topik cerita pembunuhan empat beranak. Sebab kejahatannya juga kerajaan menjadi caca merba.

Aku tidak boleh bercerita panjang hal Si Kitul ini - anda perlu membelek buku sejarah.

Bagaimana pun - watak Si Kitul ini selalu ada. Ia ada sepanjang zaman. Watak sebenar Si Kitul dalam masyarakat silam ialah pengadu domba. Tetapi, ia juga ada di zaman moden. Ia mewakili watak manusia pentingkan diri - tamak - haloba - tidak jujur - dan paling buruk tidak pernah melihat kesan perlakuannya terhadap bangsa - menjadikan dunia hidup kita hari ini huru hara. Yang paling utama - ialah apakah yang boleh dia dapatkan.

Si Kitul tidak kisah apa yang berlaku dengan masyarakatnya. Sebab itu - kita lihat dalam percaturan politik kedua-dua belah pihak - ia ibarat medan perang. Si Kitul ini ada dalam kedua-dua posisi. Ia ada dalam parti A, ada juga dalam parti B. Ia tidak kisah. Malang lagi, orang yang berkesanggupan untuk menjadi Si Kitul ini banyak.

Sebab itu - dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan kita, ada hal-hal yang tidak boleh dipersetujui bersama. Kerana Si Kitul inilah yang akan melihat sangat jauh - apa yang dia boleh dapatkan. Dalam isu bahasa - ada Si Kitul. Dalam isu agama - ada Si Kitul. Dalam isu ketuanan Melayu - ada Si Kitul. Apatah lagi dalam urusan politik dan ekonomi - dua kuasa yang menjadi tunggak kekuatan sesiapa yang memilikinya, Si Kitul akan bersarang dan beranak pinak di situ.

Si Kitul inilah yang akan menyuarakan apa yang boleh dan apa yang tidak patut. Tatakala ada yang bersuara perlunya ekonomi Melayu diperkasakan - Si Kitul yang takut kehilangan peluang politiknya mensyarahkan hal persamaan hak. Tatkala kita bercakap hal bahasa - Si Kitul dari blok yang lain pula akan menentangnya. Tatkala ada orang bimbang dengan penggunaan kalimah Allah - ada Si Kitul yang mengeluarkan kenyataan akhbar menyatakan betapa tidak ada masalah. Tatkala kita bercakap soal murtad - ada Si Kitul yang cuba menyembunyikan berita. Tatkala kita bercakap hal rasuah - Si Kitul rasa perlu menjaga imej diri.

Semua ini adalah fenomena Si Kitul yang perlu menjaga periuk nasi masing-masing - baik periuk politik, wang, kuasa atau pengaruh. Kerana kehadiran Si Kitul - orang lain tidak pedulikan kita lagi. Mereka tidak berasa perlu hormat dan segan dengan kita. Sebab itu - sekarang ini banyak hal aneh boleh berlaku.

Jadi - akhirnya kita semakin lemah. Kita semakin tidak tahu apa yang patut kita lakukan. Tangan kita sedang di rantai oleh bisikan Si Kitul yang hanya bersuara untuk kepentingan dirinya.

Sepatutnya dalam hal yang memberikan kebaikan kita bersama - kita boleh berrsatu. Tidak mengapalah kalau kita perlu berlakon sekalipun - bergaduh di belakang, baik di depan.

Sebab itu - apabila ada orang berkata begitu, ada yang berkata begini - kita perlu berkata - Ini Si Kitul mana pula punya angkara?

Kalaupun kita tidak memiliki semuanya, moga-moga kita tidak hilang kesemuanya. Kita mungkin tidak mampu melawan Si Kitul - tetapi moga-moga kita tidak menjadi Si Kitul.

2 comments:

ziarah76 said...

semoga Allah memberikan taufik dan hidayat kepada si kitul dan seluruh umat untuk mentaati seluruh perintah Allah dan sunah Nabi SAW.

- say no to si kitul !!

mangkuk statik said...

bro...bagik aku empayar melaka tu cikai wal pondan.
hanya di besar2kan oleh mat salleh for their own benefit.
nanti bila aku ada mood aku goreng lam blog.
Satu je lah point arini. Kata Melaka hebat gile, naper plak kene bagik ufti Bunga emas kat Siam?kalau melaka hebat sanggat, negera/empayar mana kah yg hantar upti kat melaka plak?
Npaer bile siam nak attack melaka, dah nak sampai dah, tun perak tak cukup org , dia suruh org nyalakan obor dna sangkut kat pokok bakau , bagik org siam yg dah dekat tu namapak macam banyak gile tentere melaka. kalau melaka hebat, lawan je lah man to man!!
Hakikat sejarah yg sebenarnya, org melaka ciput, bodoh dan tak de telur. Sebab tu bangang kalah ngan portugis yg datang ngan 2-3 buah kapal.

Kitul? Biaselah tuh...bila rumah kene pecah maasuk, salahkan indon. Bila bini kene raba salahkan bangla. Bila kene teteak ,salahkan nepal.

Muahahha..abis rosak minda rakyat malaysia kalau aku bantai betul2 sempayar melaka nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails