Yang Ikut

Wednesday, 30 September 2009

Gendang pilihanraya dipalu lagi

Reactions: 
Gendang pilihanraya dipalu lagi. Kali ini di Bagan Pinang, Port Dickson.

Seperti biasa - akan berkeliaranlah politikus, penyokong yang taat, pengikut yang mengharap, pengkritik yang berbisa dan peniaga yang pintar.

Malam akan disajikan dengan ceramah. Disulam dengan puji dan kata nista, menelanjangkan yang buruk, menutup yang baik. Siang dipenuhi acara rasmi merasmi. Orang kampung kembali menjadi disayangi. Orang susah mula dicari.

Sorak-sorak gendang pilihanraya. Siapa yang menang, siapa yang kalah - moga-moga semuanya akan merakyatkan kehidupan. Semoga semuanya memberikan harapan.

Selamat berpilihanraya. Jangan jadikan rakyat boneka!

1 comment:

ihsan_huhu said...

tajuk news sempena pilihanraya

"BN yakin menang majoriti besar"

tajuk news lepas pilihanraya

"BN berjaya menambah bilangan majoriti walaupon tewas"

so wartawan boleh tulis template awal2 dh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails