Yang Ikut

Wednesday, 15 September 2010

Serial killer - Part 1

Reactions: 
“I am down on whores and shan’t quit ripping them",
(Jack the Ripper, dalam suratnya kepada media).


Sejak beberapa tahun ini, kita mendengar begitu banyak kes pembunuhan tragis di Malaysia. Terbaru ialah pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawija dan 3 orang yang lain. Pembunuhan ini dikatakan dilakukan oleh suspek yang dikaitkan dengan beberapa siri pembunuhan lain. Aku tidak berminat mengulas hal ini.

Kita ulas hal lain. Kita ulas personaliti pembunuh bersiri.

Salah satu kes besar pembunuhan bersiri berlaku di Itali pada tahun 1995-1997 oleh Ben Mohammed Ezzedine Sabai, seorang pendatang Tunisia. Dia dikatakan telah membunuh 15 wanita, kesemuanya berusia 70 tahun ke atas. Kecuali tiga mangsa, kebanyakan mangsa ditikam di bahagian leher, terutamanya pada bahagian kiri.

Mengapa membunuh wanita tua yang tidak ada hubungan dengannya?

Sabai dikatakan mempunyai kecelaruan anti sosial, dan sexual sadisme. Atau dalam kata lain, ia mempunyai rangsangan seks yang pelik iaitu ingin melihat mangsa meronta-ronta. Kebanyakan perogol dikatakan mempunyai personaliti ini - mereka suka melihat mangsa meminta simpati mereka. Inilah yang dikatakan sadisme. Begitu juga dengan pembunuh.

Mengapa dia menikam leher pada bahagian kiri? Ini bermaksud pembunuh mungkin menggunakan tangan kanannya.

Sekitar lewat tahun 1950-an, Garvey Glatman, dikatakan sebagai pembunuh bersiri pertama yang suka mengambil gambar mangsanya. Ini juga satu pengalaman yang pelik bagi manusia normal seperti kita.

Walaupun banyak sebab yang boleh menyebabkan terjadinya pembunuhan bersiri ini - termasuk faktor mendapatkan wang - bagaimana pun kajian psikologi mendapati bahawa kepuasan utama bagi pembunuh bersiri ini bukanlah ganjaran luaran.

Sebaliknya ia didorong oleh kepuasan dalaman yang ada dalam minda manusia itu sendiri. Mereka merasa lega dengan membunuh manusia. Motif utama bukanlah wang, sebaliknya bagi memuaskan kehendak psikologinya. Kalau wang adalah motifnya, orang yang sudah kaya tidak akan membunuh. Penjenayah mungkin perlu merompak sahaja. Mereka juga tidak akan membunuh berkali-kali.

Pembunuhan bersiri juga didapati mempunyai modus operandi yang sama oleh pelaku yang sama. Ini bermaksud ia berlaku secara terancang. Jarang pembunuhan bersiri ini berlaku secara tidak sengaja.

Bagaimana dengan kes yang sedang hangat di Malaysia sekarang ini? Kita tidak tahu.

Kita sambung. Ini baru pengenalan. Kita akan sambung dengan tajuk kategori atau jenis pembunuhan bersiri. Kalau sempat, kita juga perlu tahu siapa Jack the Ripper.

1 comment:

zarch said...

Pada pandangan saya, dikala Malaysia semakin pesat membangun, ia sebenarnya sedang menuju kearah kebudayaan kehidupan diAS. Mungkin ada yang bertanya mengapa kes-kes jenayah dan bunuh berserta kes amuk begitu tinggi diAS jika dibandingkan hanya negara sempadannya Kanada yang jauh begitu rendah kes-kes seperti itu? Maka pada saya, ini adalah kerana kebudayaan kehidupan disesuatu tempat yang mempengaruhinya.

Wallahualam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails