Yang Ikut

Friday, 3 September 2010

Update survey

Reactions: 
Sepatutnya tidak ada lagi tajuk ini. Sepatutnya aku sudah tulis bab penutup, kemas barang dan balik kampung. Nampaknya supervisor aku memang tidak suka aku bergoyang kaki.

Tadi - pembantu penyelidik aku telah berjaya mendapat 20 respondent dari dua organisasi. Terima kasih kepada MatYee di Talisman. Ini kawan lama aku di masa bujang. Sekarang sudah jadi bos besar dan pakai BMW. Aku sahaja yang masih naik bas. Terima kasih juga buat Abang Zaidi di Jabatan Geologi. Ini juga kawan lama yang mana kami mula berkenalan di Penang ketika mencuba menguatkan lidah ketika ambil ujian IELTS dulu.

Kali ini - pembantu penyelidik aku orang baru. Bukan lagi Ann dan kakaknya. Bukan kerana Ann dan kakaknya tidak bagus.

Tetapi memandangkan kajian ini perlu bertemu dengan ketua jabatan, pengurus kanan, pengarah, penguasa polis atau profesor - yang kebanyakannya sama ada kawan lama atau kawan baru aku - jadi aku rasa perlu pembantu penyelidik yang lebih dewasa sedikit. Senang mereka hendak berbual nanti. Pembantu penyelidik ini pula manusia psikologi seperti aku - jadi senang dia hendak 'menggoreng' ayat kalau ada ketua yang bertanya hal metodologi yang pelik.

Esok - dia akan merayau lagi. Jangan bimbang, dia tidak akan singgah di rumah anda. Dia hanya akan singgah di pejabat kawan-kawan lama aku sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails