Yang Ikut

Wednesday, 8 September 2010

Salam Aidilfitri 1431

Reactions: 
Insyaallah, rakyat Malaysia akan menyambut Aidilfitri Jumaat nanti. Seperti biasa, kami di Adelaide akan dihadapkan dengan perlagahan pendapat mengenai bila hari yang patut menyambut Aidilfitri. Mungkin esok, dan mungkin pula lusa. Tapi berdasarkan pemerhati bulan, kemungkinan besarnya bulan tidak kelihatan malam ini, bukan sahaja di Australia, juga di Malaysia. Baca di sini.

Salam Aidilfitri - untuk semua pembaca dan pengunjung blog ini, sama ada kenal atau tidak. Maaf juga sekiranya ada tulisan atau patah kata yang membuatkan anda terluka, atau berasa tidak bahagia, sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak. Semua itu adalah atas kekhilafan diri.

tangan dihulur mengucap salam
tanda muafakat sesama insan
indahnya nolstalgia di masa silam
adanya kamu menjadi teman

mungkin seiras sepohon pinang
tetaplah ia bukan kelapa
kata yang indah moga dikenang
patah yang buruk harap dilupa

sahabat handai datang bertandang
pagi Syawal menjadi riuh
tatkala menjamu ketupat dan rendang

usah dilupa kami yang jauh

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir & Batin
FakirFikir

6 comments:

ziarah76 said...

selamat hari raya

ihsan_huhu said...

tgh tunggu announcement

zarch said...

Eid Mubarak saya ucapkan berserta maaf zahir dan batin. Semoga segala amalan kita dibulan mulia Ramadan ini diterima oleh Allah dan semoga dapat kita bertemu lagi bulan Ramadan ditahun hadapan.

FakirFikir said...

Selamat hari raya untuk semua teman pembaca

Muhammad Teja said...

selamat hari raya. :)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JuadahArabhidanganberbuka/Article

ajaq said...

sungguh jauh dihujung buana
serasa sayu mengenang desa
manakan sama berhari raya
dimusim sejuk terkenang bonda

kampung dan desa dalam ingatan
bagi perantau kini berjauhan
mengharap reseki tahun hadapan
syawal bersama keluarga dan taulan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails